Thursday, May 29, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Teks : Zaridah Hj Hashim


Salam Semua!

Pagi-pagian lagi anak perempuan saya telah memulakan tugasan yang saya berikan. Hari ini saya meminta beliau untuk mengemas serta menyapu rumah kerana saya terpaksa keluar untuk membawa anak kedua membuat rawatan pergigian di Klinik berhampiran.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali cuti sekolah, saya akan membahagi-bahagi tugas untuk ketiga-tiga anak saya untuk sama-sama bergotong royong membersihkan rumah.

Selalunya hari pertama, mereka akan membasuh beg-beg sekolah, kasut serta selipar dan seterusnya menjemur pakaian yang telah siap di basuh.  Sambil membasuh kasut, sempat lagi main-main air. Aktiviti membasuh sekejap saja tetapi main-main serta mandi-mandi yang lebih. Sekali sekala mereka melakukan aktiviti bersama kalau tidak masing-masing sibuk berada di asrama cuma yang tinggal anak bongsu saja.

Insya-allah, esok pula mereka akan mengemas almari pakaian masing-masing dan seterusnya mengasingkan pakaian yang tidak boleh dipakai. 

Beginilah aktiviti anak-anak saya diawal cuti sekolah dan minggu seterusnya kami akan membawa anak-anak bercuti. Inilah cara saya dan suami untuk mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga dan sebagai hadiah buat mereka kerana bertungkus lumus belajar dan menghadapi peperiksaan serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

-----------------------------------------------------------
Saya adalah Pengedar Sah SHAKLEE di Kuantan dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut berkaitan pembelian produk atau keahlian atau untuk menjana pendapatan bersama-sama Team BVN. Sila hubungi saya melalui salah satu medium dibawah. 

Stok Tersedia!

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria
>>> Blog : Jom Sihat Ceria

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014