Sunday, June 29, 2014

Tips Sihat Sepanjang Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan

Salam semua.

Ramadhan kini menjelma tiba setelah 11 bulan meninggalkan kita, bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.

Ramadhan adalah bulan pengampunan, penyucian dan pembersihan jiwa dari dosa dan maksiat yang telah dilakukan sebelumnya.

Justera itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Marilah kita merebut kedatangan Ramadhan kali ini dengan menyubur dan menguatkan keimanan, meningkatkan amal dan menanam rasa taqwa serta kehambaan terhadap Tuhan Rabbul Jalil.

Friday, June 27, 2014

Syukur Alhamdulilah

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google





Alhamdulillah.. Syukur... Terima kasih Ya allah. Rasanya itulah perkataan yang paling sesuai diucapkan ketika ini.. Perancangan Allah memang yang terbaik.. Memang kita yang merancang tetapi Allah yang tentukan. Dan sebaik-sebaik perancang itu adalah  Allah s.w.t.

Terima kasih juga buat En. Posmen yang menghantar berita gembira ini.

Menu Yang Simple Dan Mudah

Teks : Zaridah Hi Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Salam tengahari Jumaat buat semua.

Dah makan tengahari ke? Hari ni saya tambah masak menu yang simple dan mudah sahaja sebab lauk semalam Sambal Udang Petai masih berbaki.

Jadi saya tambah masak Ikan Masak Halia dan Sawi Goreng je.

Jom kita layan menu simple dan mudah ni......,layan.....:).

Sunday, June 22, 2014

Bengkel Nutrisi SHAKLEE

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Salam hujung minggu buat semua!

Untuk artikel hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang Bengkel Nutrisi SHAKLEE yang saya sertai pada hari semalam dan diadakan di Hotel Grand Continental Kuantan.

Ramai pengedar SHAKLEE di sekitar Kuantan dan juga dari luar Kuantan menyertai bengkel ini kerana banyak input dan info berkaitan produk-produk SHAKLEE telah diterangkan oleh Pakar Nutrisi yang terlatih dan berpengalaman dari SHAKLEE Home Office Subang Jaya.

Apa yang penting, saya telah memperolehi SIJIL BENGKEL NUTRISI sebagai bukti yang saya merupakan pengedar shaklee yang bertauliah dengan ilmu nutrisi produk.

Jadi, kepada anda yang sedang mencari produk SHAKLEE, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya melalui medium dibawah.

Stok Sedia Ada!

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria
>>> Blog : Jom Sihat Ceria

Jom layan tengok foto di Bengkel Nutrisi.




















Saturday, June 21, 2014

Ayat Seribu Dinar


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google




Salam Semua!

Hari ini saya ingin berkongsi kelebihan dan hikmat jika kita mengamalkan ayat seribu dinar. 

Berikut adalah antara kelebihannya :
1) membuka pintu rezeki 
2) mengelakkan daripada bencana atau malapetaka ( kemalangan jalan raya, bencana alam dll )
3) menghilangkan perasaan resah (menenangkan hati )
4) sebagai penawar kepada pesakit dengan cara dibacakan sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit atau dijampi air untuk diberi minum
5) menghindari diri dari kezaliman ( pemimpin yang zalim, orang jahat dll)
6) jika menghadapi masalah atau musibah, dimudahkan jalan penyelesaian

Jadi mari kita sama-sama amalkan membaca ayat seribu dinar semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan, Insyaallah.

Friday, June 20, 2014

Mari Berzikir

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google



Salam Jumaat penghulu segala hari buat semua, hari Jumaat yang mulia dan penuh barakah.

Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaan dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga kita akan terus ditetapkan keimanan untuk menjadi hambaNya yang bersyukur, beriman dan bertaqwa kepadaNya. Insya-allah.

Mari kita sama-sama amalkan berzikir selalu.

Selamat Beramal!



Thursday, June 19, 2014

Ulasan dari e-Book Super WAHM Super MOM

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Cari Google 
Sumber : e-Book Super WAHM Super MOM

Perkongsian, ABDR, Catatan Harian,


Salam!

Alhamdulilah, sebenarnya sudah lama saya telah menghabiskan bacaan e-book Super WAHM Super MOM ini cuma tidak berkesempatan untuk berkongsi disini tentang isi kandungan e-Book istimewa ini kerana fokus saya ketika itu lebih kepada menyiapkan tugasan menulis 44 entri.

Sebelum saya berkongsi isi kandungan e-book ini, mari kita tengok dulu bab-bab yang terkandung didalam e-book ini.

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2 : Mengambil keputusan bekerja dari rumah 
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
 6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

Apa yang ingin saya kongsikan dan tekankan disini, e-book ini sangat sesuai dan disarankan kepada semua wanita terutama mereka yang bergelar ibu agar berfikiran lebih terbuka dalam menguruskan rumah tangga, mengasuh sendiri anak-anak dan disamping itu boleh membantu menjana pendapatan untuk keluarga hanya dari rumah.

Secara peribadinya isi kandungan e-book ini sangat sarat dengan informasi yang berguna dan ianya sangat-sangat perlu dimiliki oleh semua wanita walaupun mereka bekerja di rumah ataupun di pejabat. Terdapat banyak inspirasi, ilham, pengajaran dan panduan yang berguna untuk mereka yang ingin bertukar status menjadi seorang WAHM.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan seseorang wanita itu bukanlah hanya boleh dicapai dipejabat sahaja tetapi sebenarnya dari rumah pun mereka boleh berjaya dan menjana pendapatan disamping boleh menjaga serta memantau anak-anak dan menyediakan kelengkapan untuk mereka. 

Bermula sekarang, anda tidak perlu berdiam diri, rebutlah peluang yang ada dan sudah tersedia agar anda boleh keluar dari zon selesa. Anda pasti tidak rugi memiliki e-book Super WAHM Super MOM ini.

Jadi, miliki dan hubungi kami di Rangkaian Akademi Bekerja Dari Rumah untuk pertanyaan lanjut.

Tips Untuk Lebih Bersemangat

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google
Sumber : Facebook



Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua. 

Hari ini saya nak kongsi tips agar kita lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu kerja yang kita sukai.

Antara tips :-

1. Sentiasa Bersyukur dan Berdoa

2. Sentiasa Bermotivasi Diri Anda.

3. Mulakan apa yang anda lakukan dengan Bismillah

4. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

5. Sentiasa bersikap terbuka dan memaafkan

Semuga tips ini memberi manafaat buat anda. Insya-allah.


Wednesday, June 18, 2014

Amalan Zikir Dan Doa Banyakkan Susu

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Salam Semua!

Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi Doa untuk Perbanyakkan Susu Ibu. Susu adalah anugerahNYA dan hanya pada Dia kita meminta.

Ibu-ibu haruslah bersabar ketika susu berkurangan. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa untuk menambah susu badan. Jangan stress dan banyakan juga meminum air kosong (3-4 liter sehari). Air adalah kompenan utama susu ibu. Jika badan ibu sendiri kurang air bagaimana susu nak banyak kan?

Antara amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu ialah amalan Zikir Ya Matin. Lakukannya ketika waktu terluang, ketika waktu mengepam atau pada waktu menyusukan anak. Lakukan sebanyak mungkin atau 1000x kali.  Berikut adalah doa mohon dimurahkan rezeki susu untuk bayi kita. Insya-allah.

Tip Kesihatan, SHAKLEE, Perkongsian, Produk, Jana Pendapatan,

Selamat Mencuba!

----------------------------------------------------------------

Tuesday, June 17, 2014

Mengatasi Kencing Tak Lawas

Teks : Zaridah Hj Hashim
Sumber : Majalah Wanita

Salam semua!

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk mengatasi masalah kencing tak lawas. Saya pasti anda pasti pernah mengalaminya.

Jom kita tengok caranya : 

Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji LOBAK PUTIH dan BATANG KANGKUNG dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.

Selamat mencuba!

Monday, June 16, 2014

Hasil Air Tangan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi


Catatan Harian, Perkongsian,  


Salam Semua!

Malam ini nak kongsi hasil air tangan saya untuk En. Suami tercinta. Masak Lemak Pucuk Ubi Tempoyak. Memanglah lambat sikit dan remeh untuk menghasilkan masakan ini tetapi hasilnya "marbeles".

Siapa yang pernah merasanya pasti tahu kesedapan masakan ini. Namun begitu sesukar mana pun apa yang kita lakukan, jika ada keikhlasan dan usaha pasti mudah untuk melakukannya.

Terimalah salam kasih sayang dari saya untuk pembaca semua!

----------------------------------------------------------------

Rahsia Solekan Yang Sempurna

Teks : Zaridah Hj Hashim

Salam Keceriaan Buat Semua!

Tidak dapat dinafikan ramai wanita suka merias wajah mereka untuk kelihatan cantik selalu.

Namun begitu satu rahsia penting tentang solekan yang harus di titik beratkan oleh wanita ialah penggunaan berus yang tepat dan sesuai untuk mendapatkan solekan yang sempurna.

Jadi sebelum anda mula merias pastikan anda mempunyai berus yang sesuai.

Semuga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Selamat mencuba!

Jana Pendapatan Dari Rumah

Teks : Zaridah Hj Hashim

Selamat Tengahari semua!

Sunyi, sepi saja rumah. Tinggallah saya keseorangan di rumah kerana anak-anak telah pun kembali ke asrama dan memulakan persekolahan.

Rutin saya pun bermula seperti biasa. Pagi-pagi dah mula menyiram pokok-pokok dan menguruskan rumah. Sudah siap semua kerja rumah, sekarang masa untuk berSHAKLEE.

Alhamdulilah, walaupun keseorangan tetapi saya masih boleh ber"chit-chat dengan rakan-rakan di alam maya. Boleh membalas pertanyaan pelanggan tentang produk SHAKLEE dan membalas PM mereka yang berminat untuk menjadi ahli serta menjana pendapatan dari rumah sambil mengurus dan menjaga anak di rumah.

Sekarang segala mudah dan senang sebab semuanya di hujung jari. Di zaman IT ini kita cuma perlu rajin dan berusaha saja. Rezeki sentiasa ada di mana- mana.

Bagi rakan-rakan yang ingin dan berminat menjana pendapatan dari rumah seperti saya. Hubungi saya dan saya sedia berkongsi dengan anda. Anda boleh terus menghubungi saya atau SMS atau WHATSAPP di talian HOTLINE saya 014-824 3610.

Jika saya boleh menjana 4 angka setiap bulan dari rumah. Mengapa anda tidak boleh? Anda juga pasti boleh? Tiada yang mustahil untuk kita menjana pendapatan 2,3,4 & 5 angka hanya dari rumah.  Dari membuang masa lebih baik kita mencuba sesuatu yang baru serta berfaedah untuk kita.

Ok, salam sayang dari saya dan selamat menikmati hidangan tengahari serta jangan lupa jaga kesihatan selalu.

Ingat Blog ini Ingat SHAKLEE.

Jangan malu jangan segan, nanti anda juga yang rugi.

Friday, June 13, 2014

Dukacita

Salam semua!

Al-fatihah!

Baru sahaja mendapat berita sedih, makcik saya iaitu kakak kepada emak saya baru sahaja meninggal di Kota Bharu, Kelantan.

Salam takziah dari saya serta keluarga semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Insya-allah.

Amalan Murah Rezeki

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google



Assalamualaikum dan Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah!

Jom kita amalkan 10 amalan murah rezeki ini. Semuga allah mempermudahkan segala yang kita lakukan. Insya-allah.

Selamat Beramal!

----------------------------------------------------------------

Thursday, June 12, 2014

Masakan Untuk Anak-Anak

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Ehsan Carian Google


Salam Semua!

Hari ini dari pagi sampai petang sibuk melayan permintaan anak-anak untuk masakan beberapa menu pilihan mereka sebelum masing-masing pulang ke asrama Ahad ini.

Antara menu pilihan mereka untuk pagi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering, manakala tengahari Sup Tulang Merah Singapura dan sebelah petang pula Roti John. (tak sempat nak snap image)

Catatan Harian, Perkongsian, SHAKLEE,

Catatan Harian, Perkongsian, SHAKLEE,

Catatan Harian, Perkongsian, SHAKLEE,

Alhamdulilah kerana anak-anak sudi menolong ketika menyediakan menu pilihan mereka walaupun saya terpaksa berkejar mengambil anak sulung pulang dari sekolah selepas kelas tambahan untuk SPM dan seterusnya balik kerumah sekejap untuk solat dan seterusnya menghantarnya pula untuk ke kelas tuisyen di sebelah petang.

Untuk esok dan lusa pun sudah ada menu yang telah diminta dan dalam senarai untuk di masakan dan insya-allah demi anak-anak, saya akan sediakan untuk mereka.

Ok, ini saja perkongsian dari saya dan salam sayang untuk anda!

-----------------------------------------------------------
Designed by UMIESUEstudio 2014