Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Rezeki Allah Itu Luas

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Google


Agama, Jana Pendapatan, Perkongsian, Bellyna, SHAKLEE,


Salam semua!

Rezeki... ada dimana-mana, ianya datang tanpa diduga, jika tiba masanya ianya pasti hadir. Yang penting usaha, sabar, tawakal dan doa.

Selamat Beramal!




Tuesday, September 30, 2014

Mengukur BMI


ABDR, Info Sihat, Perkongsian, Produk, SHAKLEE, Bellyna, Tip Kesihatan,


Salam semua!

Hari ini saya nak kongsi cara mudah untuk mengukur BMI. Senang saja cara ini, kita tidak perlu guna formula untuk mengiranya. 

Jom try. Tengok berat anda ideal atau tidak.

Tunggu apa lagi??? Cubalah.



Thursday, September 18, 2014

Thursday, August 28, 2014

Sunday, June 22, 2014

Bengkel Nutrisi SHAKLEE

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Salam hujung minggu buat semua!

Untuk artikel hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang Bengkel Nutrisi SHAKLEE yang saya sertai pada hari semalam dan diadakan di Hotel Grand Continental Kuantan.

Ramai pengedar SHAKLEE di sekitar Kuantan dan juga dari luar Kuantan menyertai bengkel ini kerana banyak input dan info berkaitan produk-produk SHAKLEE telah diterangkan oleh Pakar Nutrisi yang terlatih dan berpengalaman dari SHAKLEE Home Office Subang Jaya.

Apa yang penting, saya telah memperolehi SIJIL BENGKEL NUTRISI sebagai bukti yang saya merupakan pengedar shaklee yang bertauliah dengan ilmu nutrisi produk.

Jadi, kepada anda yang sedang mencari produk SHAKLEE, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya melalui medium dibawah.

Stok Sedia Ada!

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria
>>> Blog : Jom Sihat Ceria

Jom layan tengok foto di Bengkel Nutrisi.




















Wednesday, June 18, 2014

Amalan Zikir Dan Doa Banyakkan Susu

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Salam Semua!

Dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi Doa untuk Perbanyakkan Susu Ibu. Susu adalah anugerahNYA dan hanya pada Dia kita meminta.

Ibu-ibu haruslah bersabar ketika susu berkurangan. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa untuk menambah susu badan. Jangan stress dan banyakan juga meminum air kosong (3-4 liter sehari). Air adalah kompenan utama susu ibu. Jika badan ibu sendiri kurang air bagaimana susu nak banyak kan?

Antara amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu ialah amalan Zikir Ya Matin. Lakukannya ketika waktu terluang, ketika waktu mengepam atau pada waktu menyusukan anak. Lakukan sebanyak mungkin atau 1000x kali.  Berikut adalah doa mohon dimurahkan rezeki susu untuk bayi kita. Insya-allah.

Tip Kesihatan, SHAKLEE, Perkongsian, Produk, Jana Pendapatan,

Selamat Mencuba!

----------------------------------------------------------------

Monday, June 16, 2014

Jana Pendapatan Dari Rumah

Teks : Zaridah Hj Hashim

Selamat Tengahari semua!

Sunyi, sepi saja rumah. Tinggallah saya keseorangan di rumah kerana anak-anak telah pun kembali ke asrama dan memulakan persekolahan.

Rutin saya pun bermula seperti biasa. Pagi-pagi dah mula menyiram pokok-pokok dan menguruskan rumah. Sudah siap semua kerja rumah, sekarang masa untuk berSHAKLEE.

Alhamdulilah, walaupun keseorangan tetapi saya masih boleh ber"chit-chat dengan rakan-rakan di alam maya. Boleh membalas pertanyaan pelanggan tentang produk SHAKLEE dan membalas PM mereka yang berminat untuk menjadi ahli serta menjana pendapatan dari rumah sambil mengurus dan menjaga anak di rumah.

Sekarang segala mudah dan senang sebab semuanya di hujung jari. Di zaman IT ini kita cuma perlu rajin dan berusaha saja. Rezeki sentiasa ada di mana- mana.

Bagi rakan-rakan yang ingin dan berminat menjana pendapatan dari rumah seperti saya. Hubungi saya dan saya sedia berkongsi dengan anda. Anda boleh terus menghubungi saya atau SMS atau WHATSAPP di talian HOTLINE saya 014-824 3610.

Jika saya boleh menjana 4 angka setiap bulan dari rumah. Mengapa anda tidak boleh? Anda juga pasti boleh? Tiada yang mustahil untuk kita menjana pendapatan 2,3,4 & 5 angka hanya dari rumah.  Dari membuang masa lebih baik kita mencuba sesuatu yang baru serta berfaedah untuk kita.

Ok, salam sayang dari saya dan selamat menikmati hidangan tengahari serta jangan lupa jaga kesihatan selalu.

Ingat Blog ini Ingat SHAKLEE.

Jangan malu jangan segan, nanti anda juga yang rugi.

Thursday, June 12, 2014

Masakan Untuk Anak-Anak

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Ehsan Carian Google


Salam Semua!

Hari ini dari pagi sampai petang sibuk melayan permintaan anak-anak untuk masakan beberapa menu pilihan mereka sebelum masing-masing pulang ke asrama Ahad ini.

Antara menu pilihan mereka untuk pagi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering, manakala tengahari Sup Tulang Merah Singapura dan sebelah petang pula Roti John. (tak sempat nak snap image)

Catatan Harian, Perkongsian, SHAKLEE,

Catatan Harian, Perkongsian, SHAKLEE,

Catatan Harian, Perkongsian, SHAKLEE,

Alhamdulilah kerana anak-anak sudi menolong ketika menyediakan menu pilihan mereka walaupun saya terpaksa berkejar mengambil anak sulung pulang dari sekolah selepas kelas tambahan untuk SPM dan seterusnya balik kerumah sekejap untuk solat dan seterusnya menghantarnya pula untuk ke kelas tuisyen di sebelah petang.

Untuk esok dan lusa pun sudah ada menu yang telah diminta dan dalam senarai untuk di masakan dan insya-allah demi anak-anak, saya akan sediakan untuk mereka.

Ok, ini saja perkongsian dari saya dan salam sayang untuk anda!

-----------------------------------------------------------

Wednesday, June 11, 2014

Riadah

Salam!

Seronoknya pagi ni, dapat keluarkan peluh dengan beriadah di laman yang tidak seberapa.

Sudah lama tidak berkemas di laman, pokok-pokok tidak berbaja dan tanah dalam pasu tidak di gemburkan. Bila sekali sekala dapat meluangkan masa melihat pokok-pokok yang di tanam rasa tenang je. Tapi yang penting dapat keluarkan peluh.

Biasanya pagi saya akan ke hospital atau poliklinik untuk rawatan fisioterapi ataupun membuat penghantaran COD untuk produk SHAKLEE.

Jadi pada anda yang sedang mencari produk SHAKLEE di sekitar Bandar Kuantan, Beserah dan Sg. Karang ada boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya. Stok sentiasa tersedia. Bagi yang berada di luar dari kawasan yang tersebut diatas, saya juga menawarkan perkhidmatan kurier untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Ok. Salam kesihatan dan keceriaan dari saya. Jaga kesihatan selalu.

Monday, June 2, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah : Bercuti Bersama

Salam semua!

Apa khabar semua? Baru 2 hari saya tidak menulis dan berkongsi di blog kesihatan dan kecantikan saya ini.

Tetapi hati saya rasa macam sudah terlalu lama tidak menulis di ruangan ini.

Sebenarnya saya sekarang sedang bercuti dan ini adalah salah satu aktiviti kami sekeluarga setiap kali cuti sekolah.

Salah satu sebab saya tidak dapat menulis adalah kekangan masa dan juga "line internet" yang tidak berapa elok.

Oklah...berbalik kepada percutian kami. Tujuan saya bercuti adalah untuk mempereratkan lagi hubungan kami anak beranak dan memberi peluang kepada anak-anak berehat setelah penat belajar.

Selalunya sebelum cuti sekolah bermula, saya dan suami akan berbincang lokasi percutian untuk kami sekeluarga disamping itu kami juga meminta pandangan anak-anak.

Pilihan tempat percutian bergantung pada masa, tempat dan juga bajet yang kami peruntukan.

Jika cuti sekolah hanya seminggu dua sahaja, kami akan memilih tempat percutian yang dekat sahaja atau pulang ke kampung.

Apa yang penting, dekat atau jauh percutian itu.....objektif mempereratkan hubungan kami tercapai.

Ok...buat semua pelajar-pelajar yang sedang bercuti...selamat cuti persekolahan dan manafaat cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Salam sayang dari saya.

Wednesday, May 28, 2014

Kenali Personaliti : Pemakai Jam Tangan Kanan


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Sumber FB



Siapa yang pakai jam tangan kanan? Agak-agaknya sama tidak karektor anda seperti ciri-ciri yang dinyatakan dibawah?

Sebenarnya saya sekadar berkongsi sahaja. Ianya tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Jika ada, itupun secara kebetulan sahaja dan saya mohon kemaafan jika anda terasa.

Saya dulu pun mula pakai jam tangan sebelah kiri tapi lama kelamaan, al-maklumlah bila dah kerja, ada duit sikit belilah gelang emas. Jadi gelang emas saya pakai sebelah kiri dan jam saya tukar pakai sebelah kanan.

Memang rasa jangal sangat pada permulaan memakai jam sebelah kanan, rasa tidak selesa sebab nak menulis dan buat kerja tangan kanan, rasa macam menganggu pula. Tapi lama kelamaan macam biasa je. Biasalah bila benda baru, lama-lama ok la....



Perkongsian, Produk, SHAKLEE, Catatan Pengalaman,

-----------------------------------------------------------

Thursday, May 22, 2014

Masih Bertenaga

Teks : Zaridah Hj Hashim


Alhamdulilah, hari ini saya diberikan kesihatan untuk berpuasa. Syukur dapat berpuasa sunat Khamis. Lagipun tidak lama lagi kita semua akan berpuasa di bulan Ramadhan.

Sekejap saja masa berlalu, sekarang pun dah masuk solat Asar. Insya-allah selepas solat nanti saya akan memasak masakan simple untuk berbuka puasa nanti. Nak masak lauk sardin, petola masak air dengan soohun, goreng ikan tenggiri dan sambal tempoyak. Yang penting saya dapat menyediakan juadah untuk berbuka dengan air tangan saya sendiri dan sama-sama menikmati bersama-sama En. Suami nanti. Seronok juga sekali sekala dapat berpuasa sunat.

Ada rakan-rakan yang berpuasa juga ke hari ini? Apa menu petang ini?

Walaupun pagi tadi hanya bersahur dengan ESP + milo saja tapi saya masih lagi rasa macam kuat seperti hari tidak puasa je. 


-----------------------------------------------------------

Tuesday, May 20, 2014

Beringatlah!


Teks : Zaridah Hj Hashim


Temujanji Dengan Doktor

Hari ini seperti yang dijadualkan saya ada temujanji dengan doktor pukul 2 ptg di HTAA. Jadi, suami telah menghantar saya lebih awal disebabkan suami perlu pulang kembali ke rumah untuk menguruskan anak yang balik dari sekolah. Sementara menunggu waktu temujanji dengan doktor, saya duduk di suatu tempat menunggu sambil mengisi masa yang terluang dengan membaca beberapa majalah.

Tidak berapa lama, datang perempuan sambil menyorong seorang makcik diatas kerusi roda berhampiran tempat saya menunggu itu. Makcik itu memberikan senyuman kepada saya sambil bertanya "nak jupa doktor ke nak". 

Saya pun membalas senyuman makcik itu dan menjawab "ya, ada temujanji". Kemudian saya tanya makcik tu balik "makcik pun ada temujanji jugak ke?" 

Makcik tu menjawab "tak! makcik nak kena wat x-ray, dah dekat sebulan makcik tak boleh berjalan. Mula-mula makcik jatuh kemudian lutut ni cam sakit je sambil menunjukkan lututnya yang cam ada benjolan tulang.

Oooooo, saya menjawab dan memerhati lutut makcik tu.


Beringatlah!

Kemudian makcik tu terus bertanya kepada saya "anak ada abik insuran kesihatan tak". Saya menggangguk kepala, tanda ada mengambilnya.

Dia bertanya lagi "jaga kesihatan tak? abik vitamin tak?" Terkejut saya, kenapa makcik ni tanya cam gini.

Makcik tu cam perasan, sebab muka saya menunjukkan rasa pelik. Terus dia beritahu "zaman sekarang penyakit datang tak kenal usia, tua, muda semua boleh kena sakit. cam-cam sakit ada sekarang" kata makcik tu. Dia suruh saya beringat, jaga kesihatan dan abik vitamin. Sebab katanya vitamin perlu untuk kesihatan kita".

Saya hanya menggangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata makcik tu. Disebabkan masa dah pukul 2 petang, saya minta izin dan bersalaman dengan makcik tu sambil mengucapkan terima kasih atas ingatannya itu.

Pengajaran & Pengalaman

Oleh itu, tidak salah jika kita menganjakkan pemikiran untuk sentiasa beringat dan berwaspada dengan masalah kesihatan serta selalu memberi ruang penjagaan paras kesihatan kita. Bukan disebabkan masa tetapi disebabkan pemikiran ketakutan menghadapi penyakit. Bukalah minda kita agar sentiasa menjaga kesihatan dan ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati.

Pengajaran selalunya menjadi satu kepaksaan kepada setiap individu untuk berikhtiar awal apabila tahu menghadapi sesuatu penyakit dan pengalaman lalu seseorang mengajar setiap orang untuk sentiasa berhati-hati menghadapi penyakit.

-----------------------------------------------------------

Monday, May 19, 2014

Header Untuk Blog


Teks : Zaridah Hj Hashim
Fote : Koleksi Peribadi

ABDR, Bisnes, Perkongsian, SHAKLEE, Catatan Harian,


Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua, ini adalah image terbaru untuk Header Blog saya, Laman Kesihatan dan Kecantikan.

Ia adalah hasil kerja dan kreativiti sahabat saya Pn. Sue Haida. Anda juga boleh menempahnya dengan harga yang berpatutan serta hasil yang sangat memuaskan. Terima kasih Sue Haida kerana merealisasikan apa yang ingin saya terjemahkan ke Header Blog saya.

Insya-allah selepas ini saya akan terus "upgrade" blog saya dari masa ke semasa. Tunggu ya! 

Dan diharap Blog ini menjadi tempat rujukan serta memberi informasi berguna kepada anda semua.

-----------------------------------------------------------

10 Kesilapan Berdiet


Tip Kesihatan, Perkongsian, ABDR, SHAKLEE,


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, berdiet merupakan salah satu cara yang sering diamalkan. Namun, tanpa disedari, mereka melakukan kesilapan sewaktu proses menurunkan berat badan.


Kesilapan Yang Tidak Membantu Menurunkan Berat Badan

1) Skip Hidangan

Jangan sesekali skip mana-mana hidangan anda terutama sarapan pagi. Sarapan pagi adalah paling penting kerana ia akan mencetus metabolisma harian anda. Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum ke pejabat atau keluar dari rumah ialah sarapan pagi.

2) Diet Ikut-ikutan

Sudah menjadi kebiasan bagi mereka yang berdiet suka mengikut trend semasa seperti high protein, aktins, blood type diets dan sebagainya.

Tidak salah mencuba namun anda perlu faham fungsi setiap diet serta fakta sains yang terlibat di sebalik diet tersebut, tanpa mengikut secara membuta-tuli.

3) Elak Nasi

Nasi sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik. Jika berlebihan, bukan sahaja nasi, malah buah, roti oats dan sebagainya turut boleh menggemukkan. Pastikan anda makan tidak lebih segenggam nasi untuk satu hidangan.

4) Cuma Mengambil 3 Hidangan

Makan 3 hidangan sehari tidak cukup untuk:-

i) meningkatkan metabolisma

ii) mengawal nafsu makan

Sekurang-kurangnya, makanlah 5 hidangan sehari. Tidak kira sama ada anda ingin kurangkan, maintain atau tambah berat badan. Makan malam juga boleh diambil selagi anda dapat menganggarkan keperluan kalori badan anda.

5) Berlapar

Jangan sesekali tidak makan atau sengaja tidak cukup makan. Ini boleh menjatuhkan kadar metabolisma dan sekaligus mengurangkan kadar pembakaran kalori. Sekiranya DCR anda ialah 2,000 kalori sehari, makan sekurang-kurangnya 1,200 kalori sehari.

Apa yang penting, makan kerap untuk mengawal nafsu.

6) Bergantung Makanan Tambahan

Tidak ada sebarang masalah untuk mengambil makanan tambahan. Namun kita tidak boleh bergantung kepada makanan tambahan semata-mata untuk kesihatan kita. Pastikan diet keseluruhan adalah baik, kehidupan yang cergas (tidak semestinya bersenam) dan gabungan makanan tambahan. Barulah berkesan.

Nota: Ada sesetengah produk makanan tambahan mempunyai kos yang agak tinggi untuk penggunaan jangka panjang. Whey protein boleh digunakan kerana lebih ekonomi.

7) Tidak Tahu Keperluan Kalori

Adalah sukar untuk mengawal makan sekiranya tidak tahu keperluan kalori harian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran average. Pastikan anda mengenalpasti DCR anda.

8) Diet Jangka Pendek

Ramai yang beranggapan diet adalah program menurunkan berat badan dalam tempoh 12 minggu ataupun program jangka pendek. Sedangkan diet itu sendiri adalah “amalan pemakanan”. Maka diet yang baik sepatutnya diamalkan sepanjang hidup anda.

9) Elak Makanan Tempatan

Kita tidak perlu mengelakkan kari, gulai, nasi lemak atau sebarang makanan tempatan kerana yang paling penting adalah faham keperluan kalori. Spaghetti, pizza, sandwich, pasta, meatballs pun boleh menggemukkan anda sekiranya berlebihan.

10) Terlalu Fokus Kepada Satu Perkara

Salah faham sering berlaku dengan beranggapan makan oats atau minum air kosong semata-mata boleh kurus. Diet yang baik adalah merangkumi semua jenis makanan/minuman yang meliputi keperluan harian dan jangka masa panjang.

Semuga Bermanafaat dan Selamat berdiet!

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Catatan Harian, SHAKLEE, ABDR,



Selamat Hari Guru


Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya di SK Galing, MGSS Kuantan & SMVP Temerloh

Kepada semua guru-guru di Akademi Bekerja Dari Rumah terutama Pn. Masayu dan Pn. Anys Idayu Zakaria

Kepada semua Master SHAKLEE terutama Master Norita & Suami, Master Farah & Suami, Master Aimi Syairah & Suami 



Terima Kasih atas atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan serta panduan.

Terima Kasih semua!


Thursday, May 15, 2014

Berkongsi Pautan Perniagaan


Teks : Zaridah Hj Hashim

Insya-allah untuk entri pagi ini saya ingin berkongsi pautan untuk memudahkan rakan-rakan mengunjungi Kedai Online yang saya usahakan. Saya merupakan Pengedar SHAKLEE di Kuantan dan Seluruh Malaysia. Rakan-rakan di jemput melawat ke laman web saya :



Pelbagai supplement dan pilihan set untuk kesihatan anda dan keluarga ditawarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya Zaridah Hj Hashim melalui medium perantaraan berikut :

1) Facebook : Zaridah Hj Hashim


3) Call/SMS/Whatsapp : 014-8243610

4) Fanpage : Jom Sihat Ceria

5) E-mel saya : zaridah_wameaz@yahoo.com @ zaridah.hjhashim@gmail.com

Kami juga menyediakan perkhidmatan "Cash On Delivery (COD)" untuk anda yang berada di Sekitar Bandar Kuantan, Beserah & Sg. Karang serta Perkhidmatan Kurier ke Seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak.

Stok Produk Tersedia.

Jom membeli belah suplement untuk kesihatan anda dengan kami. 



Ingat SHAKLEE Ingat Jom Sihat Ceria.
   

Wednesday, May 14, 2014

Kenapa Perlu Mengambil Supplement?



Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google


Berikut adalah beberapa sebab kita perlu mengambil supplement.

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. 

Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,

Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,


Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alcohol, minuman keras dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak,kolestrol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.



Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan. Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.

Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,

Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,





Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam memasak masakan simple, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,




Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar seperti air paip yang kurang bersih, sungai-sungai yang dicemari sampah-sarap, udara yang dicemari oleh asap-asap kenderaan dan lain-lain.


Perkongsian, SHAKLEE, Tip Kesihatan,


Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti:

* Penuaan pramatang

* Kelesuan

* Mudah mendapat penyakit dan jangkitan

* Keguguran rambut

* Osteoporosis

* Kulit bermasalah
* Dan banyak lagi

Semoga ia bermanafaat buat anda.

******************************************

Ingin dapatkan produk SHAKLEE, sila hubungi saya untuk info selanjutnya. Saya Pengedar Sah SHAKLEE.

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> FB : Zaridah Hj Hashim
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria


Designed by UMIESUEstudio 2014