Thursday, May 22, 2014

Masih Bertenaga

Teks : Zaridah Hj Hashim


Alhamdulilah, hari ini saya diberikan kesihatan untuk berpuasa. Syukur dapat berpuasa sunat Khamis. Lagipun tidak lama lagi kita semua akan berpuasa di bulan Ramadhan.

Sekejap saja masa berlalu, sekarang pun dah masuk solat Asar. Insya-allah selepas solat nanti saya akan memasak masakan simple untuk berbuka puasa nanti. Nak masak lauk sardin, petola masak air dengan soohun, goreng ikan tenggiri dan sambal tempoyak. Yang penting saya dapat menyediakan juadah untuk berbuka dengan air tangan saya sendiri dan sama-sama menikmati bersama-sama En. Suami nanti. Seronok juga sekali sekala dapat berpuasa sunat.

Ada rakan-rakan yang berpuasa juga ke hari ini? Apa menu petang ini?

Walaupun pagi tadi hanya bersahur dengan ESP + milo saja tapi saya masih lagi rasa macam kuat seperti hari tidak puasa je. 


-----------------------------------------------------------
Ingin dapatkan produk SHAKLEE, sila hubungi saya untuk info selanjutnya. Saya Pengedar Sah SHAKLEE di Kuantan dan seluruh Malaysia. Stok Tersedia!

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria
>>> Blog : Jom Sihat Ceria




No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014