Wednesday, May 14, 2014

Panduan Memilih Supplement

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

ubat_02

Hari ini saya ingin berkongsi panduan memilih vitamin, makanan tambahan atau supplement. Terdapat banyak produk supplement yang berada di pasaran dan pastinya membuat kita keliru untuk memilih supplement terbaik buat kita.
Jangan risau, ikuti panduan berikut untuk membantu memilih supplement yang sesuai dengan kita.


1. Vitamin yang diambil hendaklah (full-spektrum)

Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.


2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (Semulajadi)

Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan. Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk bertindakbalas dengan tubuh kita. 

Bagaimana kita mengenal vitamin natural? Ianya mudah untuk kita mengetahui produk itu natural atau sebaliknya. 

– tiada silica gel dalam vitamin natural.


3. Reputasi pengeluar jenama vitamin

Kita mungkin tidak dapat untuk lakukan "lab test" ke atas setiap vitamin yang kita ambil. Oleh itu, reputasi syarikat pengeluar vitamin adalah penting. 

Misalnya, bila menyebut tentang produk SHAKLEE, kebanyakan orang mengenali syarikat yang sudah lebih 50 tahun memberi kebaikan kepada masyarakat sejagat. Oleh itu setiap produk SHAKLEE dijamin 100% selamat untuk digunakan.

Kesimpulannya, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.


4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan “sijil halal” yang disahkan

Pastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari (Kementerian Kesihatan Malaysia), dan mendapat (sijil halal) yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. 

Jadi, anda sudah tahukan bagaimana untuk memilih supplement. 

Semoga ia bermanafaat buat anda.

******************************************

Ingin dapatkan produk SHAKLEE, sila hubungi saya untuk info selanjutnya. Saya Pengedar Sah SHAKLEE.

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> FB : Zaridah Hj Hashim
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria



No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014