Tuesday, May 6, 2014

Hati Tersentuh


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi


Catatan Harian, Pengedar SHaklee Kuantan



Pagi tadi mendapat perkhabaran yang mak saya kurang sihat. Tiba-tiba saja hati saya terasa sayu serta tersentuh dan terus mengalir air mata teringatkan mak. Sudah lama saya tidak menziarah mak, hanya sekadar telefon bertanya khabar sahaja.

Jadi, saya terus menghubungi suami untuk meminta izin pergi menziarahi mak saya seketika. Selepas bersiap saya terus pergi dan saya juga selesaikan urusan "COD" pesanan pelanggan saya dulu.

Kemudian saya terus kerumah mak. Sesampai saja mak sedang berehat dan mak terus beritahu yang dia sakit belakang dekat pinggang. Mak memberitahu telah pergi berjumpa doktor. Jadi untuk seminggu ini doktor minta mak makan ubat dan jika sakit berlarutkan, doktor menasihatkan mak untuk menjalani x-ray.

Saya sempat membelikan mak nasi lemak ayam goreng dan roti kesukaan mak di Giant. Saya tengok mak gembira bila saya sampai dan cuba menahan sakitnya.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibuku. Dan saya berharap sakit mak tidak berlarutan dan semuga cepat sembuh seperti sediakala. Doakan semuga mak saya cepat sembuh ya! Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014