Friday, May 9, 2014

Berita Sedih Dan Terkejut Di Petang Jumaat


Teks : Zaridah Hj Hashim


Allahkan ada!

Sukar untuk saya terima perkhabaran ini. Sedih, terkejut, sebak dan tidak tahu apa lagi perasaan ketika itu tapi yang pasti ucapan "Ya Allah" mampu dilafazkan.

Walau apapun doktor telah menjalani ujian dan mengesahkan ada "breast lump" di payudara kakakku dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang breast lump secepat mungkin.

Pembedahan dijadualkan hari Isnin ini dan mohon semua doakan semuga segalanya berjalan dengan lancar dan kesihatan kakakku kembali seperti biasa. Insya-allah.

Maaf saya tidak boleh lagi meneruskan penulisan ini. Air mata makin laju. Ya Allah berikanlah ketabahan untuk saya serta ahli keluarga kami.

Doakan ya!

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014