Thursday, May 8, 2014

Terubat Rasa Rindu


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Catatan Harian,


Alhamdulilah, sempena cuti umum bagi Negeri Pahang semalam saya mengambil peluang untuk menziarahi anak terunaku di asrama.

Sebelum solat subuh lagi saya sudah bangun untuk menyiapkan lauk kegemarannya Daging Kobis Jeruk. Ikutkan hati macam-macam makanan ingin disediakan tetapi kesihatan tidak mengizinkan.

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi dan singgah di R & R Temerloh untuk bersarapan pagi. Kemudian berhenti pula di Tol Lanchang seketika.

Sebelum sampai ke sekolahnya di Raub, saya mengambil peluang untuk menziarahi beberapa kenalan saya disitu. Kemudian ke Bandar Baru semula untuk membeli makanan tengahari untuk anakku.

Sampai di sekolahnya lebih kurang pukul 12 tengahari lebih dan Pakcik Guard membuat pengumuman serta memanggil nama anakku menerusi pembesar suara. Beberapa minit kemudian, kelihatan anakku berjalan menghampiri kami. 

Tiba-tiba sahaja hatiku menjadi sebak melihat tubuh anakku yang sedikit kurus. Saya cuba menahan agar airmata tidak mengalir. Anakku terus bersalaman denganku dan berpelukan seketika. Terubat rasa rindu buat anakku.  Kemudian dia bersalaman dengan suamiku serta adiknya.

Anakku mengajak kami ke kantin untuk menikmati KFC yang kami belikan. Dia juga meminta izin untuk mengajak rakan baiknya makan bersama kami. Sambil makan anakku bercerita pasal peperiksaannya. Dia memberitahu selesai menjawab kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peperiksaan akan disambung semula keesokkan harinya.

Saya meminta dan menasihati agar anak saya menjawab setiap soalan peperiksaan dengan berhati-hati dan mengulangkaji subjek-subjek yang berkaitan.

Lebih kurang pukul 2 petang, saya mengajak suami untuk pulang dan meminta anak untuk menjaga diri.

Beginilah rasa kasih sayang rindu seorang Ibu untuk anak-anaknya.


No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014