Thursday, May 8, 2014

Cabaran WAHM


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google


ABDR, Perkongsian, Jana Pendapatan, SHAKLEE,


Bila saya menggunakan perkataan W-A-H-M, ada yang bertanya saya apakah maksud perkataan itu. Jadi untuk mereka yang belum mengetahui dan pertama kali mendengar perkataan W-A-H-M, disini saya terangkan maksud perkataan itu.

Apakah W-A-H-M? 

W-A-H-M ialah Work At Home Mom. Seseorang yang melakukan apa jua pekerjaan hanya dari rumah. Tetapi perlu diingatkan untuk menjadi seorang W-A-H-M, bukan mudah dan senang kerana sambil bekerja dari rumah perlu juga menguruskan hal-hal rumahtangga dan anak-anak.

Berikut adalah beberapa perkongsian untuk menjadi seorang W-A-H-M berjaya, antaranya :

Perlukan Sokongan

Untuk memulakan perniagaan dari rumah, kita memerlukan sokongan yang jitu daripada keluarga terutamanya suami .  Insya-allah keluarga juga boleh memberi idea tentang perniagaan dan apa yang perlu kita dilakukan. Kita juga perlu mendekati orang-orang yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan sokongan dan idea mereka.

Pergorbanan Masa

Pengorbanan masa sangat perlu samada kita menjalankan perniagaan Online mahupun Offline. Seorang WAHM perlu menguruskan masa untuk keluarga seperti menjaga anak, menyiapkan kerja rumah dan juga masa untuk perniagaan. W-A-H-M sangat perlukan momentum untuk berjaya dan lebih bertenaga.

Perlu Fokus & Konsisten

Jika ingin berjaya, kita perlu fokus dan konsisten dalam setiap apa yang kita lakukan.  Insya-allah, barulah nampak hasilnya. Pastikan juga matlamat kita jelas.
  
Percaya kepada diri sendiri

Keyakinan diri amat penting untuk berjaya.  Keyakinan yang kuat membolehkan anda boleh pergi jauh dari apa yang anda inginkan.  Jangan sesekali memperkecilkan kebolehan yang anda ada.  Buktikan dan tunjukkan kebolehan yang ada pada anda kerana ia merupakan inspirasi seterusnya.

Jadi, kepada wanita-wanita yang impikan kerjaya untuk menjadi W-A-H-M, anda perlu ketabahan dan kesabaran untuk berjaya. Insya-allah.


1 comment:

  1. Come and see how 1,000's of people like YOU are working for a LIVING from home and are fulfilling their dreams right NOW.
    GET FREE ACCESS NOW

    ReplyDelete

Designed by UMIESUEstudio 2014