Wednesday, May 14, 2014

Cepat Masa Berlalu

Teks : Zaridah Hj Hashim

Hari ini 14hb Mei 2014, hari yang ke 17 saya mengikuti Kelas Online untuk Asas Blog Dan Penulisan di bawah bimbingan Cikgu Anys Idayu Zakaria. Terima kasih Cikgu.

Alhamdulilah, walaupun tidak tahu apa yang hendak ditulis dan dikongsi di BLOG ini akan tetapi secara tidak langsung kadang-kadang idea tiba-tiba datang mencurah.

Antara tip yang dikongsi oleh cikgu dalam Kelas Asas Blog Dan Penulisan ini ialah satu (1) hari sekurang-kurangnya perlu ada satu (1) entri. Insya-allah dalam masa sebulan saya akan dapat menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan iaitu 44 entri berdasarkan kepada label-label yang diberikan.

Saya juga perlu ada pen dan buka nota untuk saya mencatitkan apa yang saya jumpa dan tengok untuk saya jadikan entri saya. Catitkan isi-isi penting kemudian saya akan olahan semula dalam bentuk penulisan. Ini akan memudahkan saya untuk membuat entri.

Ianya sebagai latihan kepada saya menjadi penulis tegar dalam penulisan blog saya. Alhamdulilah, tugasan demi tugasan saya akan cuba lakukan dengan sebaik-baiknya. Kerana saya tahu bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan. Yang pasti setiap usaha tangga kejayaan. 

Saya juga perlu kuatkan semangat samada mental atau fizikal bagi merealisasikan tugasan yang ditetapkan. Saya kena tanamkan dan pegang kepada matlamat berikut untuk terus berjaya.

Antaranya :

1. Betulkan dan yakinkan tujuan niat saya
2. Perlu lebih konsisten dalam apa yang saya telah dan akan buat
3. Memerlukan pengurusan masa yang betul dan teratur.
4. Perlu lakukan tugasan yang diberikan dengan ikhlas dan sabar
5. Sentiasa fokus dan berfikiran positif untuk menghasilkan entri-entri yang bermanfaat kepada pembaca atau pengunjung blog saya agar mereka suka membacanya.

Doakan saya berjaya dan dapat merealisasikan impian saya.  Insya-allah

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014