Saturday, May 31, 2014

Penyeri Muka

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Perkongsian, Tip Kecantikan,


Setiap wanita pasti mengimpikan wajah yang selalu kelihatan berseri. Pelbagai cara akan dilakukan untuk memastikan apa yang anda inginkan menjadi kenyataan. Jangan risau, anda boleh mendapatkan wajah yang kelihatan berseri selalu dengan cara yang amat mudah dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar.

Tahukah anda?

Dengan senyum sahaja wajah kita akan kelihatan berseri. Insya-allah. Lagipun kata orang senyum itu pemanis wajah seseorang dan dengan memberikan senyuman juga ia adalah satu sedekah.

Jadi, bermula hari ini berikan senyuman selalu untuk wajah kelihatan berseri dan juga dapat pahala mudah. 

Friday, May 30, 2014

Amalan Zikir Hari Jumaat



Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google



Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang penuh barakah untuk semua.

Jom kita perbanyakan Zikir diatas sebanyak 1,000 kali pada hari Jumaat.

InsyaAllah Fadhilatnya:

Dihampirkan rahmat Allah dan dijauhkan dari azab Allah.
Allah hampir kepada kita.
Allah anugerahkan kita rasa suka/rajin/nikmat/lazat untuk beramal ibadah, solat, islam atau tidak malu menutup aurat bagi yang wanita/perempuan.

Marilah sama-sama kita beramal, semoga kita cinta untuk berbuat ibadah. Insya-allah.




Thursday, May 29, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

Teks : Zaridah Hj Hashim


Salam Semua!

Pagi-pagian lagi anak perempuan saya telah memulakan tugasan yang saya berikan. Hari ini saya meminta beliau untuk mengemas serta menyapu rumah kerana saya terpaksa keluar untuk membawa anak kedua membuat rawatan pergigian di Klinik berhampiran.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali cuti sekolah, saya akan membahagi-bahagi tugas untuk ketiga-tiga anak saya untuk sama-sama bergotong royong membersihkan rumah.

Selalunya hari pertama, mereka akan membasuh beg-beg sekolah, kasut serta selipar dan seterusnya menjemur pakaian yang telah siap di basuh.  Sambil membasuh kasut, sempat lagi main-main air. Aktiviti membasuh sekejap saja tetapi main-main serta mandi-mandi yang lebih. Sekali sekala mereka melakukan aktiviti bersama kalau tidak masing-masing sibuk berada di asrama cuma yang tinggal anak bongsu saja.

Insya-allah, esok pula mereka akan mengemas almari pakaian masing-masing dan seterusnya mengasingkan pakaian yang tidak boleh dipakai. 

Beginilah aktiviti anak-anak saya diawal cuti sekolah dan minggu seterusnya kami akan membawa anak-anak bercuti. Inilah cara saya dan suami untuk mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga dan sebagai hadiah buat mereka kerana bertungkus lumus belajar dan menghadapi peperiksaan serta mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

-----------------------------------------------------------

Wednesday, May 28, 2014

Kenali Personaliti : Pemakai Jam Tangan Kanan


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Sumber FB



Siapa yang pakai jam tangan kanan? Agak-agaknya sama tidak karektor anda seperti ciri-ciri yang dinyatakan dibawah?

Sebenarnya saya sekadar berkongsi sahaja. Ianya tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Jika ada, itupun secara kebetulan sahaja dan saya mohon kemaafan jika anda terasa.

Saya dulu pun mula pakai jam tangan sebelah kiri tapi lama kelamaan, al-maklumlah bila dah kerja, ada duit sikit belilah gelang emas. Jadi gelang emas saya pakai sebelah kiri dan jam saya tukar pakai sebelah kanan.

Memang rasa jangal sangat pada permulaan memakai jam sebelah kanan, rasa tidak selesa sebab nak menulis dan buat kerja tangan kanan, rasa macam menganggu pula. Tapi lama kelamaan macam biasa je. Biasalah bila benda baru, lama-lama ok la....



Perkongsian, Produk, SHAKLEE, Catatan Pengalaman,

-----------------------------------------------------------

Tuesday, May 27, 2014

Program Cuti Sekolah - Motivasi Pelajar UPKK

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Catatan Harian, Perkongsian,

Alhamdulillah. Petang dan malam ini anak-anak akan balik dari asrama kerana cuti sekolah telah bermula dan aktiviti memasak masakan kegemaran anak-anak juga akan bermula. Pelbagai permintaanlah yang akan diminta untuk dimasakkan.

Untuk hari esok sampai hujung minggu ini, kami tidak ke mana-mana.  Habiskan masa di rumah sahaja sambil kemas rumah. Lagipun anak bongsu saya perlu menghadiri Motivasi Pelajar UPKK selama 2 hari iaitu 28-29 Mei 2014.

Bagi rakan-rakan yang akan pergi bercuti atau pulang ke kampung, selamat bercuti dan berhati-hati walau di mana anda berada.


-----------------------------------------------------------

Monday, May 26, 2014

Oh Blog Ku


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google




Alhamdulillah dengan izinnya dapat juga saya menulis di Blog saya ini. Mungkin sedikit lewat tetapi hati bersemangat dan teruja untuk menghabiskan cabaran menulis 44 entri secepat mungkin. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai halangan tetapi dengan berkat tunjuk ajar dari Cikgu Anys ABDR, saya yakin saya boleh melaksanakan tugasan.

Disamping menulis saya juga boleh menjana pendapatan sampingan dari berblogging ini.

Insya-allah. Doakan kejayaan untuk saya dalam bisnes ya.
-----------------------------------------------------------

Doa Pembuka Rezeki

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google


Doa Amalan Pembuka Rezeki - Terbakor




Salam Semua. Hari ini saya nak kongsikan satu amalan dan doa untuk membuka rezeki. Senang dan mudah saja doanya. Amalkan setiap kali lepas solat, Insyaallah dimakbulkan. 

Jom amalkan.

Sunday, May 25, 2014

Rupa-Rupanya!

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google





Ya Allah! bertahun lamanya. Rupa-rupanya.

-----------------------------------------------------------

Surirumah Jutawan


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google



Ramai surirumah ingin duit poket sendiri dengan hanya bekerja sambil jaga anak di rumah tanpa perlu keluar bekerja di pagi-pagi hari serta menghantar ke taska. 


Jika tiada duit buatkan kita "sedikit stress" sebab bila kita ingin beli sesuatu  yang pasti perlu dapatkan "approval" suami, betul tak? 



Kalau dulu kebanyakan surirumah duduk dirumah hanya semata-mara menjaga anak. Tapi sekarang jika boleh, ramai yang ingin jana pendapatan dari rumah, Kenapa tidak?

Jom surirumah kita keluar dari zon selesa "surirumah tanpa income" dan jom kita masuk ke zon "surirumah jutawan". Segalanya dari rumah, berbisnes sambil menjaga anak. Sangat best!

Pastinya anda perlu berusaha untuk berubah dan berjaya. Bukannya hanya duduk goyang kaki sahaja ya. Tapi apa yang lebih mudah bila tekan-tekan dashboard komputer, sambil tengok anak-anak main, dapat income 4-5 angka sebulan? 


Fikir-fikirkanlah. Jom ubah cara anda bermula hari ini.


-----------------------------------------------------------

Friday, May 23, 2014

Floral Mask Dah Sampai


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Alhamdulilah, petang tadi En. Poslaju singgah kerumah untuk menghantar bungkusan. Cuba teka apa yang saya beli?

Haaaaaa.......





Ini dia yang saya order online semalam. Peel-off Floral Mask. 

Sebenarnya En. Suami yang minta saya orderkan. Sebab katanya Floral Mask ini boleh menghilangkan "whitehead" & "blackhead" dan sangat senang serta mudah untuk digunakan. Tidak menyakitkan dan tidak perlu picit-picit untuk keluarkan "whitehead" dan "blackhead".

Sampai je Floral Mask ini petang tadi, terus anak daraku mencubanya tapi tidak lama dia memakainya. Katanya adalah perubahan sikit, kulit mukanya rasa lembut dan licin. Baru cubaan kali pertama. Insya-allah esok saya dan En. Suami akan mencuba pulak. Tunggu ya ulasannya nanti.


-----------------------------------------------------------

Thursday, May 22, 2014

Masih Bertenaga

Teks : Zaridah Hj Hashim


Alhamdulilah, hari ini saya diberikan kesihatan untuk berpuasa. Syukur dapat berpuasa sunat Khamis. Lagipun tidak lama lagi kita semua akan berpuasa di bulan Ramadhan.

Sekejap saja masa berlalu, sekarang pun dah masuk solat Asar. Insya-allah selepas solat nanti saya akan memasak masakan simple untuk berbuka puasa nanti. Nak masak lauk sardin, petola masak air dengan soohun, goreng ikan tenggiri dan sambal tempoyak. Yang penting saya dapat menyediakan juadah untuk berbuka dengan air tangan saya sendiri dan sama-sama menikmati bersama-sama En. Suami nanti. Seronok juga sekali sekala dapat berpuasa sunat.

Ada rakan-rakan yang berpuasa juga ke hari ini? Apa menu petang ini?

Walaupun pagi tadi hanya bersahur dengan ESP + milo saja tapi saya masih lagi rasa macam kuat seperti hari tidak puasa je. 


-----------------------------------------------------------

Tuesday, May 20, 2014

Beringatlah!


Teks : Zaridah Hj Hashim


Temujanji Dengan Doktor

Hari ini seperti yang dijadualkan saya ada temujanji dengan doktor pukul 2 ptg di HTAA. Jadi, suami telah menghantar saya lebih awal disebabkan suami perlu pulang kembali ke rumah untuk menguruskan anak yang balik dari sekolah. Sementara menunggu waktu temujanji dengan doktor, saya duduk di suatu tempat menunggu sambil mengisi masa yang terluang dengan membaca beberapa majalah.

Tidak berapa lama, datang perempuan sambil menyorong seorang makcik diatas kerusi roda berhampiran tempat saya menunggu itu. Makcik itu memberikan senyuman kepada saya sambil bertanya "nak jupa doktor ke nak". 

Saya pun membalas senyuman makcik itu dan menjawab "ya, ada temujanji". Kemudian saya tanya makcik tu balik "makcik pun ada temujanji jugak ke?" 

Makcik tu menjawab "tak! makcik nak kena wat x-ray, dah dekat sebulan makcik tak boleh berjalan. Mula-mula makcik jatuh kemudian lutut ni cam sakit je sambil menunjukkan lututnya yang cam ada benjolan tulang.

Oooooo, saya menjawab dan memerhati lutut makcik tu.


Beringatlah!

Kemudian makcik tu terus bertanya kepada saya "anak ada abik insuran kesihatan tak". Saya menggangguk kepala, tanda ada mengambilnya.

Dia bertanya lagi "jaga kesihatan tak? abik vitamin tak?" Terkejut saya, kenapa makcik ni tanya cam gini.

Makcik tu cam perasan, sebab muka saya menunjukkan rasa pelik. Terus dia beritahu "zaman sekarang penyakit datang tak kenal usia, tua, muda semua boleh kena sakit. cam-cam sakit ada sekarang" kata makcik tu. Dia suruh saya beringat, jaga kesihatan dan abik vitamin. Sebab katanya vitamin perlu untuk kesihatan kita".

Saya hanya menggangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata makcik tu. Disebabkan masa dah pukul 2 petang, saya minta izin dan bersalaman dengan makcik tu sambil mengucapkan terima kasih atas ingatannya itu.

Pengajaran & Pengalaman

Oleh itu, tidak salah jika kita menganjakkan pemikiran untuk sentiasa beringat dan berwaspada dengan masalah kesihatan serta selalu memberi ruang penjagaan paras kesihatan kita. Bukan disebabkan masa tetapi disebabkan pemikiran ketakutan menghadapi penyakit. Bukalah minda kita agar sentiasa menjaga kesihatan dan ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati.

Pengajaran selalunya menjadi satu kepaksaan kepada setiap individu untuk berikhtiar awal apabila tahu menghadapi sesuatu penyakit dan pengalaman lalu seseorang mengajar setiap orang untuk sentiasa berhati-hati menghadapi penyakit.

-----------------------------------------------------------

Monday, May 19, 2014

Header Untuk Blog


Teks : Zaridah Hj Hashim
Fote : Koleksi Peribadi

ABDR, Bisnes, Perkongsian, SHAKLEE, Catatan Harian,


Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan anda semua, ini adalah image terbaru untuk Header Blog saya, Laman Kesihatan dan Kecantikan.

Ia adalah hasil kerja dan kreativiti sahabat saya Pn. Sue Haida. Anda juga boleh menempahnya dengan harga yang berpatutan serta hasil yang sangat memuaskan. Terima kasih Sue Haida kerana merealisasikan apa yang ingin saya terjemahkan ke Header Blog saya.

Insya-allah selepas ini saya akan terus "upgrade" blog saya dari masa ke semasa. Tunggu ya! 

Dan diharap Blog ini menjadi tempat rujukan serta memberi informasi berguna kepada anda semua.

-----------------------------------------------------------

Hujung Minggu Yang Menceriakan

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google








Alhamdulilah, hujung minggu yang menceriakan kerana anak-anak dapat pulang bermalam ke rumah dan berkumpul kami anak beranak. 

Kalau hari-hari biasa, dua anak saya akan berada di asrama, jadi yang tinggal hanya saya, suami dan anak yang bongsu. Walaupun anak sulung saya agak lewat pulang ke rumah pada sabtu petang kerana menghadiri Seminar Peperiksaan tetapi ia tetap menceriakan.

Seronok tengok ragam anak-anak bila dapat berkumpul, bercerita tentang peperiksaan masing-masing dan berkongsi kehidupan di asrama. Nampak sangat keakraban mereka tiga beradik dan juga bersama saya serta suami.

Bila berkumpul beginilah rumah akan riuh rendah dan ada kalanya anak-anak bergaduh sesama mereka tapi tidak lama berbaik semula. Apa tidaknya hanya berebut nak main game atau nak tengok rancangan TV kegemaran masing-masing. 

Di samping itu juga ada berita yang menggembirakan keluarga besar kami iaitu kehadiran cucu terbaru ibu saya, Hjh Lijah. Kehadiran cucu yang ke 28 dalam keluarga kami.

Alhamdulilah dan syukur adik ipar saya selamat melahirkan bayi lelaki dan merupakan anak ke4 untuk beliau.

Anak-anak saya juga berkesempatan melawat sepupu mereka yang baru dilahirkan di sebuah hospital di Kuantan. 

Inilah catatan untuk dikongsikan. Semuga anda juga ceria dan gembira selalu disamping keluarga masing-masing.


-----------------------------------------------------------


10 Kesilapan Berdiet


Tip Kesihatan, Perkongsian, ABDR, SHAKLEE,


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, berdiet merupakan salah satu cara yang sering diamalkan. Namun, tanpa disedari, mereka melakukan kesilapan sewaktu proses menurunkan berat badan.


Kesilapan Yang Tidak Membantu Menurunkan Berat Badan

1) Skip Hidangan

Jangan sesekali skip mana-mana hidangan anda terutama sarapan pagi. Sarapan pagi adalah paling penting kerana ia akan mencetus metabolisma harian anda. Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum ke pejabat atau keluar dari rumah ialah sarapan pagi.

2) Diet Ikut-ikutan

Sudah menjadi kebiasan bagi mereka yang berdiet suka mengikut trend semasa seperti high protein, aktins, blood type diets dan sebagainya.

Tidak salah mencuba namun anda perlu faham fungsi setiap diet serta fakta sains yang terlibat di sebalik diet tersebut, tanpa mengikut secara membuta-tuli.

3) Elak Nasi

Nasi sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik. Jika berlebihan, bukan sahaja nasi, malah buah, roti oats dan sebagainya turut boleh menggemukkan. Pastikan anda makan tidak lebih segenggam nasi untuk satu hidangan.

4) Cuma Mengambil 3 Hidangan

Makan 3 hidangan sehari tidak cukup untuk:-

i) meningkatkan metabolisma

ii) mengawal nafsu makan

Sekurang-kurangnya, makanlah 5 hidangan sehari. Tidak kira sama ada anda ingin kurangkan, maintain atau tambah berat badan. Makan malam juga boleh diambil selagi anda dapat menganggarkan keperluan kalori badan anda.

5) Berlapar

Jangan sesekali tidak makan atau sengaja tidak cukup makan. Ini boleh menjatuhkan kadar metabolisma dan sekaligus mengurangkan kadar pembakaran kalori. Sekiranya DCR anda ialah 2,000 kalori sehari, makan sekurang-kurangnya 1,200 kalori sehari.

Apa yang penting, makan kerap untuk mengawal nafsu.

6) Bergantung Makanan Tambahan

Tidak ada sebarang masalah untuk mengambil makanan tambahan. Namun kita tidak boleh bergantung kepada makanan tambahan semata-mata untuk kesihatan kita. Pastikan diet keseluruhan adalah baik, kehidupan yang cergas (tidak semestinya bersenam) dan gabungan makanan tambahan. Barulah berkesan.

Nota: Ada sesetengah produk makanan tambahan mempunyai kos yang agak tinggi untuk penggunaan jangka panjang. Whey protein boleh digunakan kerana lebih ekonomi.

7) Tidak Tahu Keperluan Kalori

Adalah sukar untuk mengawal makan sekiranya tidak tahu keperluan kalori harian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran average. Pastikan anda mengenalpasti DCR anda.

8) Diet Jangka Pendek

Ramai yang beranggapan diet adalah program menurunkan berat badan dalam tempoh 12 minggu ataupun program jangka pendek. Sedangkan diet itu sendiri adalah “amalan pemakanan”. Maka diet yang baik sepatutnya diamalkan sepanjang hidup anda.

9) Elak Makanan Tempatan

Kita tidak perlu mengelakkan kari, gulai, nasi lemak atau sebarang makanan tempatan kerana yang paling penting adalah faham keperluan kalori. Spaghetti, pizza, sandwich, pasta, meatballs pun boleh menggemukkan anda sekiranya berlebihan.

10) Terlalu Fokus Kepada Satu Perkara

Salah faham sering berlaku dengan beranggapan makan oats atau minum air kosong semata-mata boleh kurus. Diet yang baik adalah merangkumi semua jenis makanan/minuman yang meliputi keperluan harian dan jangka masa panjang.

Semuga Bermanafaat dan Selamat berdiet!

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Catatan Harian, SHAKLEE, ABDR,



Selamat Hari Guru


Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya di SK Galing, MGSS Kuantan & SMVP Temerloh

Kepada semua guru-guru di Akademi Bekerja Dari Rumah terutama Pn. Masayu dan Pn. Anys Idayu Zakaria

Kepada semua Master SHAKLEE terutama Master Norita & Suami, Master Farah & Suami, Master Aimi Syairah & Suami 



Terima Kasih atas atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan serta panduan.

Terima Kasih semua!


Designed by UMIESUEstudio 2014