Wednesday, May 14, 2014

Menariknya Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Cover E-book 101 Idea Home-Based Bisnes






Alhamdulillah, dapat juga saya menghabiskan membaca Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes yang ditulis oleh Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Ebook ini mengandungi 180 muka surat dan ditulis khusus untuk anda ataupun sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakan.

Jadi, bagi anda yang masih tercari-cari idea untuk memulakan bisnes dari rumah, ebook ini sangat sesuai untuk anda. Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 101 idea bagaimana memulakan bisnes hanya dari rumah, strategi pemasaran secara online dan offline, khidmat pelanggan online, pelbagai motivasi dan tip untuk berjaya, strategi pemasaran carra Rasulullah, Rahsia bisnes Siti Khadijah dan pengalaman usahawan berjaya.

Ebook ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes dari rumah khususnya para surirumah atau wanita bekerjaya yang merancang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah bagi menjana pendapatan sampingan.

Untuk anda yang ingin memiliki ebook ini, bolehlah berhubung dengan saya untuk pertanyaan lanjut.

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> FB : Zaridah Hj Hashim

Anda pasti rasa sangat bertuah jika memiliki ebook ini.

Jangan berlengah lagi. Dapatkan segera!


Sunday, May 11, 2014

Pilihan Untuk Sihat


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google

Rehat adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan. Jadi, carilah masa yang sesuai untuk merehatkan diri anda!


Tip Kecantikan,


Jom BeristiRehat!

Saturday, May 10, 2014

JOM LIKE, KOMEN, SHARE & MENANG!!




=========================
SET Kesihatan Optimum PERCUMA!!! 
=========================

Sempena Hari Ibu dan Hari Guru kami di #JomSihatCeria ingin menawarkan 1 SET Kesihatan Optimum secara PERCUMA!!! 

YA, sememangnya PERCUMA!!!

MUDAH SAHAJA. ANDA HANYA PERLU IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT :

1. LIKE PAGE INI: 

2. LIKE GAMBAR (sila lawati Fanpage kami)

3. SHARE GAMBAR (sila lawati Fanpage kami)

4. ✍ KOMEN "SET Kesihatan Optimum" di ruangan komen. (sila lawati Fanpage kami)

5. TAG 5 orang rakan anda yg anda rasa berminat dgn produk SHAKLEE pada ruangan komen. (sila lawati Fanpage kami)

Cara tag: taip @<nama kawan>

Mudahkan!

PEMENANG UTAMA AKAN DIPILIH BERDASARKAN "KOMEN" YANG TERAKHIR SEBELUM ADMIN KOMEN "OFFER TAMAT!"

KEPUTUSAN YANG AKAN DIKELUARKAN ADALAH MUKTAMAD!

Jadi, tunggu apa lagi! Bertindak segera hanya LIKE, SHARE dan KOMEN selagi tiada pemenang. 

INFO SHAKLEE :

Cepat, Mungkin SET Kesihatan Optimum PERCUMA ini MILIK ANDA. 

Ingat, anda boleh share & komen sebanyak kali yang mungkin untuk jadi pemenang! 


SELAMAT MENCUBA!

Friday, May 9, 2014

Berita Sedih Dan Terkejut Di Petang Jumaat


Teks : Zaridah Hj Hashim


Allahkan ada!

Sukar untuk saya terima perkhabaran ini. Sedih, terkejut, sebak dan tidak tahu apa lagi perasaan ketika itu tapi yang pasti ucapan "Ya Allah" mampu dilafazkan.

Walau apapun doktor telah menjalani ujian dan mengesahkan ada "breast lump" di payudara kakakku dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang breast lump secepat mungkin.

Pembedahan dijadualkan hari Isnin ini dan mohon semua doakan semuga segalanya berjalan dengan lancar dan kesihatan kakakku kembali seperti biasa. Insya-allah.

Maaf saya tidak boleh lagi meneruskan penulisan ini. Air mata makin laju. Ya Allah berikanlah ketabahan untuk saya serta ahli keluarga kami.

Doakan ya!

Panduan Membeli Secara Online


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google


Perkongsian, SHAKLEE, ABDR,


Masyarakat kini lebih memilih untuk membeli secara online kerana malas untuk ke pusat membeli belah atas beberapa faktor seperti kesuntukkan masa, tempat yang sesak, susah meletak kereta dan pelbagai lagi.

Berikut adalah beberapa perkongsian untuk dijadikan garis panduan sebelum membeli secara Online.

Kenali Peniaga 

Pastikan anda semak dan kenali dulu  peniaga yang anda akan berurusan. Pastikan juga peniaga itu memaparkan maklumat mereka seperti nama, no telefon untuk dihubungi ataupun alamat tempat mereka berniaga di Fanpage @ Blog.

Komen-komen, Feedback ataupun Ulasan

Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada peniaga yang anda akan berurusan. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak serta sambutan dan permintaan.

Pilih Dengan Bijak 

Buat pilihan dengan bijak sebelum membeli. Pastikan anda mendapatkan harga yang sesuai dan berpatutan

Tracking ID 

Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan peniaga memberi anda No. Tracking untuk rujukan anda. Ianya bagi memudahkan anda mengesan status barangan anda.

****************************************************

Bagi yang sedang mencari produk dan Pengedar Sah SHAKLEE yang berada di Sekitar Bandar Kuantan, Beserah & Sg. Karang. Sila berhubung dengan saya. Perkhidamatan Cash On Delivery (COD) disediakan.

Stok tersedia! 

Istimewanya Konsultasi PERCUMA secara Berterusan dan Jadual Pengambilan Supplement Hanya untuk pelanggan saya SAHAJA! :)


Call/Sms/WhatApp : 014-8243610

Salam Sayang!






Thursday, May 8, 2014

Cabaran WAHM


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google


ABDR, Perkongsian, Jana Pendapatan, SHAKLEE,


Bila saya menggunakan perkataan W-A-H-M, ada yang bertanya saya apakah maksud perkataan itu. Jadi untuk mereka yang belum mengetahui dan pertama kali mendengar perkataan W-A-H-M, disini saya terangkan maksud perkataan itu.

Apakah W-A-H-M? 

W-A-H-M ialah Work At Home Mom. Seseorang yang melakukan apa jua pekerjaan hanya dari rumah. Tetapi perlu diingatkan untuk menjadi seorang W-A-H-M, bukan mudah dan senang kerana sambil bekerja dari rumah perlu juga menguruskan hal-hal rumahtangga dan anak-anak.

Berikut adalah beberapa perkongsian untuk menjadi seorang W-A-H-M berjaya, antaranya :

Perlukan Sokongan

Untuk memulakan perniagaan dari rumah, kita memerlukan sokongan yang jitu daripada keluarga terutamanya suami .  Insya-allah keluarga juga boleh memberi idea tentang perniagaan dan apa yang perlu kita dilakukan. Kita juga perlu mendekati orang-orang yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan sokongan dan idea mereka.

Pergorbanan Masa

Pengorbanan masa sangat perlu samada kita menjalankan perniagaan Online mahupun Offline. Seorang WAHM perlu menguruskan masa untuk keluarga seperti menjaga anak, menyiapkan kerja rumah dan juga masa untuk perniagaan. W-A-H-M sangat perlukan momentum untuk berjaya dan lebih bertenaga.

Perlu Fokus & Konsisten

Jika ingin berjaya, kita perlu fokus dan konsisten dalam setiap apa yang kita lakukan.  Insya-allah, barulah nampak hasilnya. Pastikan juga matlamat kita jelas.
  
Percaya kepada diri sendiri

Keyakinan diri amat penting untuk berjaya.  Keyakinan yang kuat membolehkan anda boleh pergi jauh dari apa yang anda inginkan.  Jangan sesekali memperkecilkan kebolehan yang anda ada.  Buktikan dan tunjukkan kebolehan yang ada pada anda kerana ia merupakan inspirasi seterusnya.

Jadi, kepada wanita-wanita yang impikan kerjaya untuk menjadi W-A-H-M, anda perlu ketabahan dan kesabaran untuk berjaya. Insya-allah.


Terubat Rasa Rindu


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Catatan Harian,


Alhamdulilah, sempena cuti umum bagi Negeri Pahang semalam saya mengambil peluang untuk menziarahi anak terunaku di asrama.

Sebelum solat subuh lagi saya sudah bangun untuk menyiapkan lauk kegemarannya Daging Kobis Jeruk. Ikutkan hati macam-macam makanan ingin disediakan tetapi kesihatan tidak mengizinkan.

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8 pagi dan singgah di R & R Temerloh untuk bersarapan pagi. Kemudian berhenti pula di Tol Lanchang seketika.

Sebelum sampai ke sekolahnya di Raub, saya mengambil peluang untuk menziarahi beberapa kenalan saya disitu. Kemudian ke Bandar Baru semula untuk membeli makanan tengahari untuk anakku.

Sampai di sekolahnya lebih kurang pukul 12 tengahari lebih dan Pakcik Guard membuat pengumuman serta memanggil nama anakku menerusi pembesar suara. Beberapa minit kemudian, kelihatan anakku berjalan menghampiri kami. 

Tiba-tiba sahaja hatiku menjadi sebak melihat tubuh anakku yang sedikit kurus. Saya cuba menahan agar airmata tidak mengalir. Anakku terus bersalaman denganku dan berpelukan seketika. Terubat rasa rindu buat anakku.  Kemudian dia bersalaman dengan suamiku serta adiknya.

Anakku mengajak kami ke kantin untuk menikmati KFC yang kami belikan. Dia juga meminta izin untuk mengajak rakan baiknya makan bersama kami. Sambil makan anakku bercerita pasal peperiksaannya. Dia memberitahu selesai menjawab kertas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Peperiksaan akan disambung semula keesokkan harinya.

Saya meminta dan menasihati agar anak saya menjawab setiap soalan peperiksaan dengan berhati-hati dan mengulangkaji subjek-subjek yang berkaitan.

Lebih kurang pukul 2 petang, saya mengajak suami untuk pulang dan meminta anak untuk menjaga diri.

Beginilah rasa kasih sayang rindu seorang Ibu untuk anak-anaknya.


Designed by UMIESUEstudio 2014