Saturday, May 3, 2014

Akhirnya


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google



Alhamdulilah, dengan kekuatan dan kesihatan dariNYA pagi-pagian ini akhirnya selesai juga melipat kain yang segunung menimbun tidak terlipat sambil-sambil menonton rancangan Tanyalah Ustaz.

Doakan saya berjaya ya! Insya-allah.



Friday, May 2, 2014

Tiada Halangan


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Irfan Khairi, Koleksi Jom Sihat Ceria

Motivasi, Produk,

Setiap orang berhak untuk mempunyai matlamat dan impian tanpa mengira usia, yang penting ada usaha dan kesabaran dalam melakukannya. Insya-allah pasti berjaya.


***************************************

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk sertai SHAKLEE, anda sangat-sangat dialukan.

Untuk info lanjut. Sila hubungi saya segera.

Motivasi, Produk,


Jangan lupa doakan saya ya!

Mahukan Kulit Cantik?


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google



Elakkan wajah dari sebagai rawatan yang berlebih-lebihan jika wajah sedang berjerawat. Ia mungkin menjadikan wajah lebih teruk. 

Namun begitu, kekalkan rutin pencucian wajah dua kali sehari dengan pencuci yang berunsur ringan.

Wajah juga perlukan RELAKS!

Hati Berbunga-Bunga


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google


Catatan Harian, Pengedar Shaklee Kuantan, ESP


Assalamulaikum dan Selamat Pagi Jumaat yang barakah dan ceria. Dah sarapan ke? Sarapan apa? Alhamdulilah saya macam biasa bersarapan dengan ESP + Milo. Sangat mengenyangkan.

Hari ini hati saya sangat berbunga-bunga dan penuh kecerian dari semalam. Insya-allah puteriku akan pulang kerumah. Jadi hari ini menu istimewa menanti untuk hidangan tengahari nanti.

Alhamdulilah juga, selesai sudah tugasan COD dan pos tempahan pelanggan. Terima kasih ya buat cik/puan pelanggan yang sudi membeli dengan saya.

Disamping itu, perbanyakkan zikir ini ya dan jangan lupa solat dhuha.

Catatan Harian, Pengedar Shaklee Kuantan, ESP


Akhir kalam, salam sayang dari saya. Jangan lupa doakan kesihatan dan kejayaan saya dalam perniagaan. Insya-allah.





Thursday, May 1, 2014

Bila Rindu Datang Bertamu


Walaupun hari cuti tetapi bagiku seperti tidak cuti pun. Hanya tinggal berdua sahaja bersama anakku. Biasanya bila ada cuti, boleh meluangkan masa melawat anak-anak diasrama tetapi hari ini En. Suami tiada dirumah bekerja.

Mungkin anak-anak di asrama pula sibuk dengan aktiviti masing-masing hingga tidak sempat untuk menelefon bertanya khabar.

Beginilah hati dan perasaan seorang ibu, bila rindu datang bertamu teringatkan anak-anak.

Anda bagaimana?

Bakar Lemak Dengan Teh Hijau



Pasti ramai yang ingin menurunkan berat badan? 

Salah satunya caranya dengan meminum teh hijau. Perlu diingatkan selain menjaga pola permakanan, bersenam secara teratur juga perlu.

Teh hijau memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan.

Disaran juga meminum teh hijau selepas mengambil makanan yang berlemak.


Selamat Hari Pekerja


Catatan Harian,


Assalamualaikum dan Selamat bercuti buat semua.


Alhamdulilah, hari ini sudah masuk bulan kelima untuk tahun 2014. Bagi setiap pekerja, hari pertama bulan Mei pasti mengembirakan buat mereka yang bergelar pekerja kerana hari ini hari istimewa untuk anda. 1 Mei hari Pekerja dan disambut setiap tahun bagi menghargai jasa dan usaha anda semua.

Bagi rakan-rakan WAHM, ada juga pekerja dan selamat hari pekerja buat anda.

Selamat beristirehat bersama keluarga!


Designed by UMIESUEstudio 2014