Tuesday, April 29, 2014

Pelajaran Baru


Alhamdulilah, petang ini saya dapat mempelajari sesuatu ilmu baru berkaitan blog. Walaupun Blog Laman Kesihatan Dan Kecantikan adalah blog ketiga buat saya tetapi saya tetap terasa teruja dan kelainan yang amat sangat. Dengan Akademi Belajar di Rumah, saya dapat mencuba dan membuat sendiri berkaitan blog.


Sebenarnya saya mula berjinak dengan berblog pada tahun 2010, tetapi blog saya hanya perkongsian tentang produk yang saya jual dan semua perkara berkaitan blog saya upah orang untuk mencantikan blog saya. Tidak banyak pengisian di blog saya melainkan tentang produk sahaja.

Semenjak saya berhenti bekerja, saya banyak habiskan masa dengan membaca majalah berkaitan kesihatan, kecantikan dan wanita disamping menjalankan perniagaan Online.

Sehingga saya tertarik dengan satu ruangan di sebuah majalah wanita berkaitan Bekerja Dari Rumah. Dari situ saya cuba untuk mencari penulis di Facebook. Penulis itu adalah Pn. Masayu Ahmad. Dari situ juga saya ternampak status dari Pn. Anys Idayu Zakaria tentang kelas asas blog dan fanpage. Saya rasa sangat teruja seperti orang mengantuk disorongkan bantal untuk mempelajari tentang blog.

Apa yang uniknya kelas ini, kita diajar secara online dan saya boleh mula bila-bila masa. Masa yang sangat fleksibel buat saya kerana pada waktu pagi saya selalunya menghantar pesanan SHAKLEE kepada pelanggan yang berada di sekitar Kuantan.

Bagi mendapatkan pelajaran baru, kita perlulah sentiasa berhubung, bertanya dengan guru online dan kita perlu konsisten dan fokus untuk menghabiskan tugasan yang diberi.

Saya harap akan terus mempelajari pelajaran baru tentang Asas Blog dan Fanpage, agar saya boleh mengatur langkah demi langkah untuk terus berjaya di Blog dan juga perniagaan SHAKLEE. Insya-allah. 

Doakan saya ya!


No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014