Monday, April 28, 2014

Kenali Saya

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan Buat Pengunjung Yang Sudi Singgah :)

Alhamdulilah, syukur kepadaNYA dengan izinnya serta peluang untuk saya berkongsi dan menulis di Blog Laman Kecantikan & Kesihatan milik saya.

Sebagai pembuka kata untuk blog ini saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya Zaridah Binti Hashim. Saya mendapat pendidikan awal di Kuantan, Pahang D.M. sehingga ke Tingkatkan 3. Seterusnya saya meneruskan persekolahan saya ke SMV Puteri di Temerloh sehingga ke Tingkatan 5.

Setelah habis persekolahan, saya mengikuti kursus menaip dan komputer. Dan selepas tamat kursus saya telah memohon bekerja sambilan di beberapa syarikat. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang bekerja sambilan. Alhamdulilah, berkat doa kedua ibubapa saya semasa mereka menunaikan haji, saya telah berjaya mendapat jawatan tetap di sebuah Syarikat Swasta yang terkenal di Malaysia. Saya berkhidmat di Syarikat itu selama 20 tahun dan pada tahun 2012 saya terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan.

Selepas menamatkan perkhidmatan, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online. Pelbagai perniagaan pernah saya lakukan dan akhirnya saya bertemu dengan produk SHAKLEE dan saya telah mendaftar sebagai ahli dan seterusnya menjadi Pengedar SHAKLEE untuk kawasan Kuantan dan seluruh Malaysia. Apa yang membuat saya berminat dengan SHAKLEE, selain untuk kesihatan dan kecantikan SHAKLEE juga boleh menambah pendapatan.


Insya-allah, saya mahu serius dalam perniagaan SHAKLEE dan ini merupakan faktor utama saya mengikuti Kelas Asas Blog dan Fan Page. Saya berharap dan berdoa agar dengan adanya ilmu yang saya ikuti dalam kelas ini dapat membantu dalam perniagaan online saya.

Matlamat saya adalah untuk mempelajari cara penulisan blog yang effektif dan mendapat sambutan dari pembaca. Selain itu, saya mahu menjana pendapatan melalui perniagaan ini dan memberikan kebahagian kepada keluarga saya.

Kepada mereka yang masih mencari-cari suplement untuk keluarga, sila hubungi saya untuk konsultasi untuk mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda. 


No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014