Wednesday, April 30, 2014

Menghitung Ramadan Al Mubarak



Peringatan buat saya dan juga rakan-rakan semua. Ramadhan semakin menghampiri, hanya tinggal 60 hari sahaja lagi. Insya-allah.

Buat rakan-rakan wanita, sudahkah anda mengganti puasa? Jika belum, cepat-cepat ganti puasa ya.


Tunai Tanggungjawab





Hari ini 30 April 2014 iaitu hari terakhir bulan April. Alhamdulilah, saya juga telah selesai "ONLINE" menghantar e-Filling taksiran pendapatan 2013. Walaupun menjalankan perniagaan hanya dari rumah tapi saya tetap terima penyata untuk setahun dan perlu menunaikan tanggungjawab untuk mengemaskini data e-Filling kepada LHDN.

Anda bagaimana? Sudahkah anda mengemaskini data taksiran kepada LHDN?

Begitulah Bestnya BerSHAKLEE.  Ingin sertai kami sebagai WAHM? Hubungi saya untuk info dan maklumat lanjut.

 PM ke : https://www.facebook.com/messages/AzzaiBuWaMeAz
 Call/Sms/WhatApp : 014-8243610

*Stok SHAKLEE Tersedia.

Nak Kongsi


Alhamdulilah semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik olehNYA. Hari ini saya ingin berkongsi pengambilan supplement yang saya amalkan untuk menjaga kesihatan. Saya mengamalkan pengambilan supplement produk SHAKLEE.

Jom ikuti perkongsian saya.

Pagi :

Selepas Solat subuh saya akan mengambil satu sudu teh VIVIX

Bersarapan pagi dengan ESP + Milo dan juga 2 keping roti atau kuih-kuih sahaja.

Diikuti dengan pengambilan Carotomax, Advance Joint Health Tablet (AJHT), GLA & Omega Guard. 

Sejam kemudian saya ambil Alfalfa.


Tengahari :

Selepas makan tengahari saya ambil Lecithin dan Alfalfa.


Petang :

GLA, Omega & AJHT


Malam :

Selepas makan malam saya ambil Lecithin dan Alfalfa.

Ostematrix sebelum tidur

Herb-Lax (2-3 kali seminggu SAHAJA)

*Peppermint Ginger bila perlu SAHAJA.

Dan saya memastikan pengambilan air kosong atau air masak lebih dari 3 liter sehari.




Anda pula bagaimana? Jagalah kesihatan anda semua. Pastikan anda mengambil permakanan yang sihat setiap hari. Insya-allah.

Pertanyaan lanjut & tempahan produk SHAKLEE ;

Saya adalah Pengedar Sah SHAKLEE 
COD : Sekitar Bandar Kuantan, Beserah & Sg. Karang
Kurier : Seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak

Jom Sihat Ceria
Sms/watsap : 014-8243610
Email : zaridah_wameaz@yahoo.com
Web : http://www.jomsihatceria.com/




Tuesday, April 29, 2014

Work-At-Home-Mother (WAHM)



Sebenarnya saya tidak pernah menyangka dan merancang untuk menjadi seorang WAHM (Work-At-Home-Mother) dalam masa terdekat tetapi takdir Allah telah tertulis yang saya terpaksa menamatkan perkhidmatan saya lebih awal dari sepatutnya disebabkan masalah kesihatan.  

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana saya dapat menjaga anak saya tanpa bantuan penjaga. Segala keperluan rumahtangga saya uruskan sendiri dan dalam masa yang sama saya berkesempatan membuat perniagaan SHAKLEE Online.

Alhamdulilah, sejak saya menjadi WAHM, saya rasa lebih tenteram, tenang dan selesa. Tiada lagi masalah tekanan perasaan atau sakit kepala memikirkan kerja-kerja pejabat. Saya juga boleh memberikan lebih masa dan fokus kepada perniagaan Online saya. Semuga allah memurahkan lagi rezeki saya untuk menjadi WAHM berjaya. Insya-allah.

Saya juga berharap agar saya diberikan kesihatan untuk terus menjadi WAHM dan Allah membuka dan memudahkan lalui kejayaan saya sebagai WAHM.

Doakan saya ya!

Pelajaran Baru


Alhamdulilah, petang ini saya dapat mempelajari sesuatu ilmu baru berkaitan blog. Walaupun Blog Laman Kesihatan Dan Kecantikan adalah blog ketiga buat saya tetapi saya tetap terasa teruja dan kelainan yang amat sangat. Dengan Akademi Belajar di Rumah, saya dapat mencuba dan membuat sendiri berkaitan blog.


Sebenarnya saya mula berjinak dengan berblog pada tahun 2010, tetapi blog saya hanya perkongsian tentang produk yang saya jual dan semua perkara berkaitan blog saya upah orang untuk mencantikan blog saya. Tidak banyak pengisian di blog saya melainkan tentang produk sahaja.

Semenjak saya berhenti bekerja, saya banyak habiskan masa dengan membaca majalah berkaitan kesihatan, kecantikan dan wanita disamping menjalankan perniagaan Online.

Sehingga saya tertarik dengan satu ruangan di sebuah majalah wanita berkaitan Bekerja Dari Rumah. Dari situ saya cuba untuk mencari penulis di Facebook. Penulis itu adalah Pn. Masayu Ahmad. Dari situ juga saya ternampak status dari Pn. Anys Idayu Zakaria tentang kelas asas blog dan fanpage. Saya rasa sangat teruja seperti orang mengantuk disorongkan bantal untuk mempelajari tentang blog.

Apa yang uniknya kelas ini, kita diajar secara online dan saya boleh mula bila-bila masa. Masa yang sangat fleksibel buat saya kerana pada waktu pagi saya selalunya menghantar pesanan SHAKLEE kepada pelanggan yang berada di sekitar Kuantan.

Bagi mendapatkan pelajaran baru, kita perlulah sentiasa berhubung, bertanya dengan guru online dan kita perlu konsisten dan fokus untuk menghabiskan tugasan yang diberi.

Saya harap akan terus mempelajari pelajaran baru tentang Asas Blog dan Fanpage, agar saya boleh mengatur langkah demi langkah untuk terus berjaya di Blog dan juga perniagaan SHAKLEE. Insya-allah. 

Doakan saya ya!


Monday, April 28, 2014

Kenali Saya

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan Buat Pengunjung Yang Sudi Singgah :)

Alhamdulilah, syukur kepadaNYA dengan izinnya serta peluang untuk saya berkongsi dan menulis di Blog Laman Kecantikan & Kesihatan milik saya.

Sebagai pembuka kata untuk blog ini saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama penuh saya Zaridah Binti Hashim. Saya mendapat pendidikan awal di Kuantan, Pahang D.M. sehingga ke Tingkatkan 3. Seterusnya saya meneruskan persekolahan saya ke SMV Puteri di Temerloh sehingga ke Tingkatan 5.

Setelah habis persekolahan, saya mengikuti kursus menaip dan komputer. Dan selepas tamat kursus saya telah memohon bekerja sambilan di beberapa syarikat. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang bekerja sambilan. Alhamdulilah, berkat doa kedua ibubapa saya semasa mereka menunaikan haji, saya telah berjaya mendapat jawatan tetap di sebuah Syarikat Swasta yang terkenal di Malaysia. Saya berkhidmat di Syarikat itu selama 20 tahun dan pada tahun 2012 saya terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan.

Selepas menamatkan perkhidmatan, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online. Pelbagai perniagaan pernah saya lakukan dan akhirnya saya bertemu dengan produk SHAKLEE dan saya telah mendaftar sebagai ahli dan seterusnya menjadi Pengedar SHAKLEE untuk kawasan Kuantan dan seluruh Malaysia. Apa yang membuat saya berminat dengan SHAKLEE, selain untuk kesihatan dan kecantikan SHAKLEE juga boleh menambah pendapatan.


Insya-allah, saya mahu serius dalam perniagaan SHAKLEE dan ini merupakan faktor utama saya mengikuti Kelas Asas Blog dan Fan Page. Saya berharap dan berdoa agar dengan adanya ilmu yang saya ikuti dalam kelas ini dapat membantu dalam perniagaan online saya.

Matlamat saya adalah untuk mempelajari cara penulisan blog yang effektif dan mendapat sambutan dari pembaca. Selain itu, saya mahu menjana pendapatan melalui perniagaan ini dan memberikan kebahagian kepada keluarga saya.

Kepada mereka yang masih mencari-cari suplement untuk keluarga, sila hubungi saya untuk konsultasi untuk mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda. 


Designed by UMIESUEstudio 2014