Wednesday, June 11, 2014

Pulang

Salam.

Alhamdulilah, anak-anak telah selamat kembali ke rumah setelah 4 hari 3 malam berkampung di Kemville Kempadang kerana menyertai Kem Smart Ibadah.

Seronok dapat tengok gelagat anak-anak yang sibuk berkongsi cerita pengalaman mereka semasa berada di Kem Smart Ibadah. Katanya aktiviti dan pengisian yang menyeronokkan dan lain dari yang pernah mereka sertai. Insya-allah jika cuti sekolah akan datang mereka akan menyertai lagi.

Ok....salam sayang dari saya semuga anda dan keluarga dalam kegembiraan selalu.

Riadah

Salam!

Seronoknya pagi ni, dapat keluarkan peluh dengan beriadah di laman yang tidak seberapa.

Sudah lama tidak berkemas di laman, pokok-pokok tidak berbaja dan tanah dalam pasu tidak di gemburkan. Bila sekali sekala dapat meluangkan masa melihat pokok-pokok yang di tanam rasa tenang je. Tapi yang penting dapat keluarkan peluh.

Biasanya pagi saya akan ke hospital atau poliklinik untuk rawatan fisioterapi ataupun membuat penghantaran COD untuk produk SHAKLEE.

Jadi pada anda yang sedang mencari produk SHAKLEE di sekitar Bandar Kuantan, Beserah dan Sg. Karang ada boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya. Stok sentiasa tersedia. Bagi yang berada di luar dari kawasan yang tersebut diatas, saya juga menawarkan perkhidmatan kurier untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Ok. Salam kesihatan dan keceriaan dari saya. Jaga kesihatan selalu.

Tuesday, June 10, 2014

Menakjubkan Tentang Kunyit

Teks : Zaridah Hj Hashim


Salam Keceriaan Buat Semua!

Perkongsian, Tip Kesihatan, ABDR,

Terdapat beberapa manfaat kunyit yang perlu anda tahu.

1. Kemampuan melawan kanser
Kajian dari Universiti California Los Angeles mendapati enzim yang menyebabkan kanser di dalam badan pesakit dapat dikurangkan dengan kunyit dan serta dapat menghalang pembiakan sel-sel kanser.

2. Berpotensi sebagai ejen penghalang bengkak
Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit sebelum rawatan dijalankan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti arthritis rheumatoid.

3. Bahan antioksidan berkuasa
Pusat Perubatan Universiti Maryland mendapati kunyit mempunyai bahan antioksidan iaitu curcumoid yang mampu menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

4. Kunyit boleh meningkatkan paras antibodi di dalam badan
Kunyit boleh meneutralkan kesan radikal bebas yang menyebabkan penyakit, kemudian merangsang mekanisme antioksidan semulajadi di dalam badan.

5. Kunyit membantu meningkatkan fungsi otak dan memori
Kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak. 

Kunyit meningkatkan kembali hormon peningkat memori, seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

6. Bermanfaat untuk mengurangkan kemurungan
Satu kajian ke atas 60 orang pesakit kemurungan mendapati kunyit lebih efektif untuk memulihkan masalah kemurungan berbanding penggunaan pil anti-kemurungan seperti prozac. 

7. Menyokong fungsi hati yang sihat
Saintis juga mendapati kunyit membantu meningkatkan aliran rembesan jus hempedu supaya ia meningkatkan keupayaan hati untuk memecahkan toksin yang berada di dalam perut. Ia juga bermanfaat sebagai detoksifikasi hati yang seterusnya membantu mencernakan lemak dengan berkesan.

8. Kunyit mampu memperlahankan penuaan
Oleh kerana kunyit bersifat antioksidan, ia juga boleh membantu mengurangkan proses penuaan dengan menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan kesan penuaan jelas kelihatan terutamanya pada kulit wajah.

9. Membantu menstabilkan paras gula
Kunyit juga boleh membantu pesakit diabetis. Menurut kajian yan gditerbitkan di dalam Jurnal Penjagaan Diabetis dan Jurnal Pertubuhan Diabetik Amerika Syarikat mendedahkan bahawa ekstrak kunyit mampu menghalang peningkatan diabetis tahap 2 di kalangan populasi pra-diabetik setelah mengambil kunyit selama 9 bulan.

Bahan aktif curcumoids di dalam kunyit mengurangkan pembentukan lemak pada dinding arteri yang menghalang aliran darah di dalam arteri.

-----------------------------------------------------------

Monday, June 9, 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Teks : Zaridah Hj Hashim


Salam Semua!

Bagaimana Saya Bermula

Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.

Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.


Perlukan Bimbingan

Sebelum ini saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog untuk saya.

Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu.


Harga Berpatutan

Bayaran yuran yang dikenakan untuk menyertai kelas sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada waktu terluang saya kerana saya juga perlu menumpukan kepada bisnes online SHAKLEE saya.


Berpuashati

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai kerana banyak ilmu tentang blog dan penulisan yang telah saya pelajari. Alhamdulilah Cikgu yang mengajar saya juga iaitu Pn. Anys banyak berkongsi pengalamannya tentang penulisan serta memberi tips-tips kepada saya. Syukur kerana saya dapat mengenali beliau dan juga Pn. Masayu.

Saya rasa setakat ini dulu perkongsian dari saya, bagaimana permulaan saya dalam pembelajaran kelas secara alam maya ini. Ianya adalah satu landasan untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang blog dan ia boleh menaikkan lagi kredibiliti seseorang untuk membina jaringan dan bisnes di alam maya ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai kelas ini, jangan tunggu lagi atau teragak-agak kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk anda. Anda tidak akan rugi jika menyertai Kelas Asas Blog dan Pemulisan ini.

Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk bermula. Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sangat mengalu-alukan penyertaan anda.

Senyum Selalu!


Sunday, June 8, 2014

Program Cuti Sekolah - Kem Smart Ibadah

Teks : Zaridah Hj Hashim


Salam semua!

Pagi tadi saya telah menghantar 2 orang anak saya untuk menyertai Kem Smart Ibadah selama 4 hari 3 malam anjuran Irsyad Training & Motivation.

Antara pengisian yang akan didedahkan :

-mempelajari & mengulangkaji ibadat wuduk & solat serta bacaan
-menanamkan rasa cinta kepada Allah, Rasul, Diri & Keluarga
-Didikan solat Fardhu Berjemaah, Tilawah & Tadabbur Al-Quran
-Didikan amalan ibadah sunat, qiammullail & zikir munajat
-membina sikap tanggungjawab, keyakinan diri dan Peribadi anak soleh

serta pelbagai aktiviti riadah yang bermanafaat.

Semuga anak-anak saya mempelajari dan mendapat ilmu serta dapat manfaatkan cuti sekolah mereka dengan program ini. Insya-allah.

-----------------------------------------------------------

Thursday, June 5, 2014

Rumahku Syurgaku

Teks : Zaridah Hj Hashim

Salam semua!

Alhamdulilah akhirnya selamat sampai ke rumahku syurgaku setelah hampir seminggu mengambil peluang untuk bercuti dan berehat bersama suami dan anak-anak.

Insya-allah esok pagi banyak kerja yang perlu diselesaikan antaranya mendobi pakaian serta mengemas rumah.

Oklah...Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan.

Salam sayang dari saya!

Monday, June 2, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah : Bercuti Bersama

Salam semua!

Apa khabar semua? Baru 2 hari saya tidak menulis dan berkongsi di blog kesihatan dan kecantikan saya ini.

Tetapi hati saya rasa macam sudah terlalu lama tidak menulis di ruangan ini.

Sebenarnya saya sekarang sedang bercuti dan ini adalah salah satu aktiviti kami sekeluarga setiap kali cuti sekolah.

Salah satu sebab saya tidak dapat menulis adalah kekangan masa dan juga "line internet" yang tidak berapa elok.

Oklah...berbalik kepada percutian kami. Tujuan saya bercuti adalah untuk mempereratkan lagi hubungan kami anak beranak dan memberi peluang kepada anak-anak berehat setelah penat belajar.

Selalunya sebelum cuti sekolah bermula, saya dan suami akan berbincang lokasi percutian untuk kami sekeluarga disamping itu kami juga meminta pandangan anak-anak.

Pilihan tempat percutian bergantung pada masa, tempat dan juga bajet yang kami peruntukan.

Jika cuti sekolah hanya seminggu dua sahaja, kami akan memilih tempat percutian yang dekat sahaja atau pulang ke kampung.

Apa yang penting, dekat atau jauh percutian itu.....objektif mempereratkan hubungan kami tercapai.

Ok...buat semua pelajar-pelajar yang sedang bercuti...selamat cuti persekolahan dan manafaat cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Salam sayang dari saya.

Designed by UMIESUEstudio 2014