Tuesday, April 29, 2014

Work-At-Home-Mother (WAHM)



Sebenarnya saya tidak pernah menyangka dan merancang untuk menjadi seorang WAHM (Work-At-Home-Mother) dalam masa terdekat tetapi takdir Allah telah tertulis yang saya terpaksa menamatkan perkhidmatan saya lebih awal dari sepatutnya disebabkan masalah kesihatan.  

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana saya dapat menjaga anak saya tanpa bantuan penjaga. Segala keperluan rumahtangga saya uruskan sendiri dan dalam masa yang sama saya berkesempatan membuat perniagaan SHAKLEE Online.

Alhamdulilah, sejak saya menjadi WAHM, saya rasa lebih tenteram, tenang dan selesa. Tiada lagi masalah tekanan perasaan atau sakit kepala memikirkan kerja-kerja pejabat. Saya juga boleh memberikan lebih masa dan fokus kepada perniagaan Online saya. Semuga allah memurahkan lagi rezeki saya untuk menjadi WAHM berjaya. Insya-allah.

Saya juga berharap agar saya diberikan kesihatan untuk terus menjadi WAHM dan Allah membuka dan memudahkan lalui kejayaan saya sebagai WAHM.

Doakan saya ya!

No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014