Sunday, June 29, 2014

Tips Sihat Sepanjang Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan

Salam semua.

Ramadhan kini menjelma tiba setelah 11 bulan meninggalkan kita, bulan yang penuh rahmat dan keberkatan.

Ramadhan adalah bulan pengampunan, penyucian dan pembersihan jiwa dari dosa dan maksiat yang telah dilakukan sebelumnya.

Justera itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Marilah kita merebut kedatangan Ramadhan kali ini dengan menyubur dan menguatkan keimanan, meningkatkan amal dan menanam rasa taqwa serta kehambaan terhadap Tuhan Rabbul Jalil.

Friday, June 27, 2014

Syukur Alhamdulilah

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google





Alhamdulillah.. Syukur... Terima kasih Ya allah. Rasanya itulah perkataan yang paling sesuai diucapkan ketika ini.. Perancangan Allah memang yang terbaik.. Memang kita yang merancang tetapi Allah yang tentukan. Dan sebaik-sebaik perancang itu adalah  Allah s.w.t.

Terima kasih juga buat En. Posmen yang menghantar berita gembira ini.

Menu Yang Simple Dan Mudah

Teks : Zaridah Hi Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Salam tengahari Jumaat buat semua.

Dah makan tengahari ke? Hari ni saya tambah masak menu yang simple dan mudah sahaja sebab lauk semalam Sambal Udang Petai masih berbaki.

Jadi saya tambah masak Ikan Masak Halia dan Sawi Goreng je.

Jom kita layan menu simple dan mudah ni......,layan.....:).

Sunday, June 22, 2014

Bengkel Nutrisi SHAKLEE

Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Koleksi Peribadi

Salam hujung minggu buat semua!

Untuk artikel hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang Bengkel Nutrisi SHAKLEE yang saya sertai pada hari semalam dan diadakan di Hotel Grand Continental Kuantan.

Ramai pengedar SHAKLEE di sekitar Kuantan dan juga dari luar Kuantan menyertai bengkel ini kerana banyak input dan info berkaitan produk-produk SHAKLEE telah diterangkan oleh Pakar Nutrisi yang terlatih dan berpengalaman dari SHAKLEE Home Office Subang Jaya.

Apa yang penting, saya telah memperolehi SIJIL BENGKEL NUTRISI sebagai bukti yang saya merupakan pengedar shaklee yang bertauliah dengan ilmu nutrisi produk.

Jadi, kepada anda yang sedang mencari produk SHAKLEE, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya melalui medium dibawah.

Stok Sedia Ada!

>>> Call/SMS/WA : 014-8243610
>>> Fanpage : Jom Sihat Ceria
>>> Blog : Jom Sihat Ceria

Jom layan tengok foto di Bengkel Nutrisi.




















Saturday, June 21, 2014

Ayat Seribu Dinar


Teks : Zaridah Hj Hashim
Foto : Carian Google




Salam Semua!

Hari ini saya ingin berkongsi kelebihan dan hikmat jika kita mengamalkan ayat seribu dinar. 

Berikut adalah antara kelebihannya :
1) membuka pintu rezeki 
2) mengelakkan daripada bencana atau malapetaka ( kemalangan jalan raya, bencana alam dll )
3) menghilangkan perasaan resah (menenangkan hati )
4) sebagai penawar kepada pesakit dengan cara dibacakan sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada pesakit atau dijampi air untuk diberi minum
5) menghindari diri dari kezaliman ( pemimpin yang zalim, orang jahat dll)
6) jika menghadapi masalah atau musibah, dimudahkan jalan penyelesaian

Jadi mari kita sama-sama amalkan membaca ayat seribu dinar semoga segala urusan hidup kita dipermudahkan, Insyaallah.

Designed by UMIESUEstudio 2014